Pengurus Aston Villa, Dean Smith dengan terbuka mengecam mutu pengadilan dalam aksi Manchester United menentang pasukannya di Old Trafford.

Manchester United menang 2-1 ke atas Aston Villa untuk memulakan Tahun Baru 2021 dengan mengikat mata Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris.

Man United mendahului menerusi tandukan oleh Anthony Martial pada separuh masa pertama.

Namun Aston Villa menyamakan kedudukan pada minit ke-58 menerusi Bertrand Traore.

Malang buat Aston Villa kerana United kembali di hadapan menerusi penalti Bruno Fernandes hanya 3 minit berselang daripada gol tersebut.

bruno

Ianya selepas pengadil merasakan Douglas Luiz mengasari Paul Pogba.

Smith tidak berpuas hati dengan penalti tersebut dan mempersoalkan kenapa pengadil tidak merujuk VAR untuk insiden tersebut?

Kerana menurutnya itu bukan penalti dan bukan kekasaran oleh pemainnya. Tetapi ianya adalah kerana Pogba sendiri tersadung dan terjatuh.

Selepas tamat perlawanan, Dean Smith berkata: “Michael Oliver seharusnya diminta untuk melihat rakaman insiden tersebut, kerana itulah tujuan VAR, untuk melihat insiden seperti itu.”

“Itu bukannya penalti selepas saya melihat semula rakaman selepas tamat perlawanan.”

“Ketika itu [semasa perlawanan berlangsung], saya tidak meragui itu penalti.

“Pogba tersepak kaki dia sendiri dan terjatuh.”

Dean Smith jelas sekali tidak dapat menerima tindakan pengadil yang tidak merujuk VAR untuk insiden tersebut.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Penalti Fernandes Tewaskan Villa Dan Ikat Liverpool Di Puncak Liga

Cavani Digantung 3 Perlawanan, Denda £100K Dan Kursus Khas

Spurs Terus Tertunggu Status Perlawanan, Mourinho Sindir PL Sebagai Terbaik Di Dunia