Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan perkembangan terkini mengenai barisan pemain pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia musim 2022. Menurut kenyataan rasmi, mereka sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara.
Lebih menarik, pemain tengah import Penang, Endrick Dos Santos turut akan menyertai Harimau Selatan dengan status sebagai pemain naturalisasi. Bagaimanapun, pemain kelahiran Brazil itu akan menyertai JDT pada musim 2023.
“JDT akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi. Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” kata Martin Prest, Pengarah Sukan JDT.
SQUAD UPDATES
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are in negotiations to sign one local and four foreign players for the 2022 season. An announcement will be made in due course.
[1/5] pic.twitter.com/MUZCusMo4C
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 13, 2021
Setakat ini hanya seorang pemain import iaitu Gonzalo Cabrera yang disahkan keluar daripada kelab tersebut dan pemain import baru akan diumumkan dalam masa terdekat untuk digandingkan dengan Bergson.
Hong Wan, bekas pemain Wolverhampton Wanderers turut menerima pasport Malaysia dan akan memperkuatkan JDT musim depan. Beberapa pemain tempatan dipinjamkan ke pasukan lain iaitu Irfan Fazail dan Stuart Wilkins ke Sabah, Fadhli Shas dan Syazwan Andik ke Melaka United.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Jordan Mintah Sedia Bentuk Gandingan Mantap Dengan Kpah Sherman
TMJ Tak Jadi Berehat, JDT Bakal Berbelanja Besar Untuk Perkuatkan Pasukan Musim Depan
Khairu Azrin Akui Sukar Tolak Tawaran Kedah, Tak Lupakan Jasa Penang
Sean Selvaraj Hampir Pasti Kembali Perkuatkan Negeri Sembilan