Emi Martinez menyatakan dia tidak kisah dengan usaha FIFA yang mahu ubah peraturan sepakan penalti kerana kelakuannya. Perubahan peraturan itu bukan pada cara penalti diambil atau diselamatkan.

Baca Juga:

Tetapi merujuk kepada bagaimana seseorang penjaga gol harus menjaga tingkah laku mereka ketika berdepan lawan.

Penjaga gol yang menjadi juara Piala Dunia 2022, Emiliano Martinez tidak terlalu bimbang tentang prospek peraturan baharu yang boleh menghalang penjaga gol daripada mengganggu penentu penalti.

Selepas tindakan Emi Martinez pada Piala Dunia yang lalu, FIFA dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan peraturan untuk menghalang penjaga gol daripada mengganggu pelaksana penalti lawan.

Ianya kerana terdapat banyak kritikan ke atas kelakuan Martinez ketika bersama Argentina di Piala Dunia Qatar 2022.

Martinez menggunakan apa sahaja helah ‘yang ada dalam bukunya’ pada perlawanan akhir 2022 menentang Perancis, menurut Hugo Lloris.

Di mana Martinez berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada Kingsley Coman dan kemudian membaling bola sebelum Aurelien Tchouameni tersasar.

Telatah seperti itu tidak lama lagi boleh menjadi perkara yang di masa lalu selepas ini. Kerana penjaga gol boleh dikenakan tindakan serta merta daripada pengadil.

Tetapi Martinez berkata dia boleh menyesuaikan diri dengan peraturan baharu itu nanti. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa dia hanya bergantung kepada permainan perang saraf semata mata untuk menyelamatkan penalti lawannya.

Emi Martinez berkata: “Saya selalu berkata bahawa selepas Copa América, saya tidak tahu sama ada saya akan melakukannya sekali lagi.”

“Saya telah menyelamatkan penalti yang perlu saya selamatkan. Dan sekarang perkara yang sama berlaku kepada saya.”

“Saya tidak tahu sama ada saya akan berpeluang menyelamatkan penalti dalam tempoh 20 tahun, mungkin tidak, tetapi saya terpaksa menanganinya dalam Copa América dan dalam Piala Dunia.”

“Saya dapat menghalang mereka dan membantu pasukan menang, itu sudah cukup untuk saya,” kata penjaga gol Aston Villa kepada ESPN.

“Kami akan sentiasa menyesuaikan diri dengan peraturan moden dan apa yang FIFA mahu, jadi tidak akan ada masalah. Kami akan menyesuaikan diri.”

Martinez turut bercakap mengenai Lionel Messi dan betapa dia sangat teruja kerana dapat membantu kapten Argentina itu memenuhi impiannya menjulang Piala Dunia.

Messi akan berusia 39 tahun semasa Piala Dunia akan datang tetapi Martinez masih berharap dia dapat beraksi dalam kejohanan edisi 2026 itu.

“Saya gembira kerana kami dapat membantu Messi memenangi Piala Dunia,” tambahnya. ”

“Saya harap dia terus bermain dan ini bukan Piala Dunia terakhirnya.”