Ejen kepada penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh ZingNews semalam yakin bahawa pemain itu akan turun beraksi dengan Cerezo Osaka apabila saingan 2021 dimulakan.

Andrey Grushin turut membandingkan Dang Van Lam dengan penjaga gol dari Thailand, Kawin Thamsatchanan yang menyertai Hokkaido Consadole Sapporo baru-baru ini sebelum kembali ke OH Leuven tanpa diturunkan dalam sebarang perlawanan bersama kelab itu.

Menurut artikel itu lagi, SCG Muangthong United dikatakan telah memotong 30% gaji pemain-pemain dan Dang Van Lam tidak bersetuju dengan perkara itu selain turut dilaporkan ada tunggakan gaji dalam musim 2020 dan inilah punca isu kontrak diantara kedua-dua pihak ini berlaku.

Dang Van Lam menyertai SCG Muangthong United dengan yuran perpindahan yang dikatakan bernilai USD535,000 atau RM2.16 juta dengan gaji bulanan sekitar USD11,000 atau RM44,500 dan kontrak asalnya dijangka tamat pada bulan Mei 2022.

Pihak SCG Muangthong United juga dilaporkan telah mengupah peguam dari Perancis untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Dang Van Lam.

Pada ketika ini, Jepun masih menutup sempadan mereka sehingga 7 Febuari 2021, dan Dang Van Lam dijangka akan menyelesaikan perkara berkaitan dengan dokumentasi sambil mempersiapkan diri sebelum berlepas ke Osaka.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat

Sumber