Kem skuad kebangsaan Vietnam dikejutkan dengan berita penjaga gol utama mereka Dang Van Lam tidak akan terbang ke UAE untuk menyertai baki saingan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Ini berikut beliau merupakan salah seorang kontak rapat kepada seorang lagi penjaga gol Cerezo Osaka yang disahkan positif COVID-19 sebelum perlawanan bertemu Kashima Antlers 3 hari yang lalu.
Skuad utama Cerezo Osaka memiliki 3 penjaga gol utama iaitu Kim Jin-hyeon, Dang Van Lam dan Kenya Matsui.
Memetik laporan media sukan terkenal ZingNews petang ini, Park Hang-seo terpaksa membuat keputusan yang sukar itu demi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pemain yang terlibat dalam baki perlawanan di UAE.
Tinjauan dilaman web rasmi Cerezo Osaka juga mendapati bahawa seorang pemain mereka disahkan positif pada 25 Jun selepas menerima laporan ujian dari hospital.
Dengan ketiadaan Dang Van Lam dalam skuad Vietnam di UAE nanti, Park Hang-seo dilaporkan sedang mencari seorang lagi penjaga yang mampu bertindak sebagai pengganti di posisi tersebut.
Berdasarkan senarai terkini untuk posisi penjaga gol Vietnam, mereka memiliki;
- Bui Tan Truong (Hanoi FC, ke-7 liga) – bolos 14 gol dari 12 perlawanan.
- Nguyen Van Toan (Hai Phong, ke-12 liga) – bolos 15 gol dari 12 perlawanan.
- Nguyen Van Hoang (Song Lam Nghe Anh, tercorot) – bolos 15 gol dari 12 perlawanan.
Dari statistik diatas, jelas Vietnam tidak memiliki seorang penjaga gol benar-benar memberikan keyakinan untuk mengawal gawang mereka untuk baki 3 perlawanan penting Jun ini.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
RASMI: Juara Kumpulan Tidak Terjejas, FIFA Umum Mekanisme Penentuan Naib Juara Kumpulan
Dua Kesilapan Mudah Menghampakan, Malaysia Tunduk Di Bahrain