Skuad kebangsaan Bahrain mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Ukraine dalam perlawanan pemanas badan mereka menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 3 Jun 2021.

Bahrain yang dibimbing oleh ketua jurlatih dari Portugal, Helio Sousa kini berada dikedudukan ke 99 dunia FIFA Ranking berjaya mengimbangi cabaran Ukraine yang berada ditangga ke 24 dunia.

Walaupun diasak hebat oleh Ukraine, skuad Bahrain kekal kebal dan berjaya mendahului Ukraine dengan 1 gol berpunca dari sepakan penalti pada minit ke-73 perlawanan.

shevchenko

Aksi cemerlang yang dipamerkan oleh penjaga gol Bahrain iaitu Ebrahim Lutfalla jelas berjaya menidakkan deretan peluang yang ada untuk skuad bimbingan lagenda bola sepak Ukraine sendiri, Andriy Shevchenko.

Gol penyamaan Ukraine pula hadir pada minit ke 91, dimana 5 minit masa kecederaan telah diberikan oleh pengadil perlawanan.

Saksikan highlight perlawanan berkelas antarabangsa diantara Ukraine bertemu Bahrain dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=4flkcTsuk8U

Skuad Bahrain akan pulang ke Manama untuk melakukan persiapan untuk bertemu dengan Malaysia pada 28 Mei 2021 dalam perlawanan berstatus Tier 1, sebagai perlawanan pemanas badan terakhir sebelum aksi pusingan kelayakan bermula pada 3 Jun 2021.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TCH: “Barisan Jurulatih Masih Belum Berpuas Hati Dengan Cara Permainan, Belum Sampai Tahap Terbaik.”

FA Thailand Sahkan Theerathon Bunmathan Tidak Akan Sertai Baki Kempen Pusingan Kelayakan Di Dubai

Penyokong Vietnam ‘Pening’ Bagaimana Pemilihan Penjaga Gol Dilakukan Untuk Misi Penting Di UAE