Bekas penyerang prolifik Felda United dan Kedah, Thiago Augusto Fernandez meraih kejayaan terbesar dalam karier bola sepaknya apabila membantu Bahrain menjuarai Kejohanan Gulf of Nations Cup menewaskan Arab Saudi 1-0 di Doha semalam.

Meskipun tidak menjaringkan gol dalam perlawanan akhir itu, tetapi dua jaringannya ketika menentang Kuwait di peringkat kumpulan telah membawa Bahrain melangkah ke separuh akhir mengulangi pencapaian pada tahun 2018.

Ini adalah kejuaraan kedua beliau sebagai pemain naturalisasi negara itu selepas turut membantu Bahrain memenangi pingat emas dalam temasya Military World Games di China pada bulan Oktober lepas. Malah, beliau juga merupakan penjaring terbanyak dengan rekod 5 gol.

Bahrain-Gulf-750
FOTO: Gulf Today

Lebih manis lagi, Thiago mencipta sejarah sendiri berada dalam skuad Bahrain yang pertama menjuarai Kejohanan Gulf of Nations Cup sejak penubuhannya sekaligus bergelar sebagai “Raja teluk arab”.

“Kami telah menunggu begitu lama untuk melihat Bahrain muncul sebagai juara. Kadang-kadang mereka selalu ke perlawanan akhir tetapi kami tidak pernah memenanginya. Ini sejarah baharu..,” kata seorang penyokong Bahrain, Muhammad Hasan kepada Vocket FC. 

Bahrain-win-Gulf-Cup-against-Saudi-Arabia-(Large)
FOTO: Arabian Business

Thiago yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim 2017 dan 2018 kini intai peluang untuk membuat penampilan pertama dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Kemboja pada bulan Mac tahun depan jika mendapat lampu hijau daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Bahrain kini menghuni kedudukan kedua dalam kumpulan C dengan 9 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan setakat ini.

“Kami ada peluang yang cerah untuk beraksi dalam Piala Dunia kerana mempunyai barisan jurulatih berkualiti dan kami juga dibarisi oleh ramai pemain berpengalaman. Saya percaya, Bahrain akan mara dengan kerja yang keras dan penuh dedikasi,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Shoja’ Khalilzadeh Tewaskan Safawi Rasid Dalam Pencalonan Gol Terbaik AFC Champions League 2019

Park Hang-seo Mahu Bawa Pulang Pingat Emas Sukan SEA 2019

Master Plan Stadium International Jakarta (JIS) Berkapasiti 82,000 Yang Berkelas Dunia, Khusus Untuk Bola Sepak