Pengendali skuad B-22 tahun Vietnam, Park Hang-seo menegaskan beliau mahu pasukan bimbingannya menewaskan Indonesia di pentas akhir hari ini sekaligus membawa pulang pingat emas bagi acara bola sepak temasya Sukan SEA 2019.
Park menyatakan beliau mahu mengikut jejak langkah pasukan wanita yang terlebih dahulu memenangi emas setelah menewaskan pasukan Thailand dengan keputusan 1-0 sekaligus mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu.
“Vietnam telah beraksi di Sukan SEA dalam banyak edisi namun tidak pernah memenangi pingat emas. Kali ini, kami sudah membuat persiapan untuk membawa pulang pingat emas.
“Kita berada selangkah lagi daripada apa yang kita mahukan. Para pemain, jurulatih dan peminat boleh berbangga dengan apa yang kami raih dan kami akan berusaha untuk memenangi pingat emas. Seluruh pasukan bekerja keras untuk sampai ke tahap ini,” kata Park Hang-seo menurut laporan Nhandan.
Kali terakhir Vietnam mara ke perlawanan akhir ialah pada edisi 2009 di Laos yabg menyaksikan mereka tewas kepada pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal dengan keputusan 1-0.
Tambah Hang-seo, Vietnam merupakan pasukan yang istimewa bagi dirinya dan beliau mahu membawa pulang pingat emas sebagai hadiah kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.
Perlawanan akhir akan berlangsung pada jam 8 malam ini di Stadium Memorial Rizal, Manila.
Baca artikel lain mengenai pasukan Vietnam B-22 tahun di sini:
Menjelang Final Bola Sepak Sukan SEA, Mata Park Hang Seo Sudah Mula Bengkak
Striker Vietnam U-23 Beberkan Dua Kelebihan Para Pemain Indonesia
Sudah 3 Kali Kalahkan Indonesia, Pelatih Vietnam U-23 Optimis Juara SEA Games 2019