Ejen bintang kepada Liverpool Mohamed Salah menolak dakwaan yang dibuat oleh bekas jurulatih Salah, bahawa Real Madrid cuba menandatangani penyerang itu pada 2018.

Bekas pemain antarabangsa Mesir Hany Ramzy yang merupakan bekas jurulatih Mohamed Salah.

Dan beliau mengatakan pada hari Sabtu bahawa Mo Salah telah berbincang dengan pihak Real Madrid semasa kem latihan di Switzerland pada Mac 2018.

Mo Salah juga dikatakan turut berbincang dengan jurulatih pasukan kebangsaannya, Hector Cuper tentang perkara itu.

Ramzy memberitahu saluran televisyen Mesir OnTimes Sports bahawa dia dijemput dan juga terlibat dalam perbincangan itu, walaupun dia hanya baru menjadi salah seorang staf kejurulatihan Cuper.

Tetapi ejen Salah, Ramy Abbas Issa, menerusi Twitter menganggap kenyataan ke atas Salah itu adalah tak tepat.

Beliau menegaskan Mo Salah tidak pernah membawa isu masa depannya di kelab ke kem kebangsaan, apatah lagi mengajak jurulatih membincangkannya.

“Mohamed Salah tidak pernah membincangkan rancangan kerjaya dengan bekas jurulatih,” tulisnya.

Salah menikmati kempen yang hebat pada musim 2017/18, menjaringkan 32 gol Liga Perdana Inggeris dan memberikan 10 assist.

0_Screen-Shot-2020-05-03-at-075202

Pasukan Jurgen Klopp tewas 3-1 kepada Madrid di final Liga Juara-Juara musim itu, dengan Salah digantikan awal setelah tercedera selepas duel dengan Sergio Ramos.

Salah menjaringkan 91 gol dalam 144 perlawanan sejak tiba di Liverpool dari Roma pada 2017.

Salah juga membantu Liverpool meraih 25 mata di atas tangga teratas Liga Perdana Inggeris ketika musim itu ditangguhkan pada bulan Mac kerana wabak koronavirus.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

Masa Zaman Mourinho, Kami Tak Pernah Takut Langsung

Bundesliga: Dortmund Belasah Schalke Dalam Aksi Derbi

Houllier Tuduh Pembatalan Ligue 1 Satu Konspirasi Kerajaan Ke Atas Lyon