Nama pemain bekas ketua pasukan skuad B-19 tahun Indonesia, Egy Maulana Vikri tiada dalam skuad utama Lechia Gdańsk bagi menghadapi saingan Liga Ekstraklasa Poland musim 2020/2021.
Ketika perlawanan Polish Cup antara Lechia menentang Warta Poznań, kelibat Egy tidak kelihatan malah jersi bernombor 10 yang dipakai pemain itu pada saingan musim lalu kini dipakai oleh pemain lain iaitu Kacper Urbański, pemain berusia 15 tahun yang diberikan full debut bersama pasukan musim ini.
📸 Zwycięstwo nad @WartaPoznan w obiektywie ⬇
🌐 Link do pełnej galerii ➡ https://t.co/NRELILrXlw pic.twitter.com/lDEoWMyIjV
— Lechia Gdańsk (@LechiaGdanskSA) August 23, 2020
Mengikut laman Transfermarkt, Egy diberikan nombor baharu iaitu nombor 32, nombor yang dipakai oleh Urbański ketika beraksi bersama Egy dalam skuad pembangunan Lechia musim lalu.
Egy bahkan tiada dalam gambar rasmi di laman web rasmi pasukan dan perkara ini menimbulkan persoalan mengenai masa hadapan Egy bersama kelab itu, sama ada bakal dipinjamkan atau kekal dan beraksi bersama skuad pembangunan kelab.
Pada Mac 2018, setelah dikaitkan dengan beberapa kelab di sekitar Asia seperti Selangor dan Brisbane Roar, Egy Maulana Vikri menandatangani kontrak selama tiga musim bersama Lechia Gdańsk.
Baca artikel lain mengenai Egy Maulana Vikri dan pemain Indonesia di sini:
Tiga Kelab Eropah Berminat Dapatkan Khidmat Bintang Muda Indonesia, Egy Maulana Vikri
Media Indonesia: Sebelum Bintang Malaysia, Greg Nwokolo Lebih Dulu Menikmati Atmosfera Liga Portugal