Eddie Howe ditanya wartawan tentang keputusannya untuk memasukkan Bruno Guimaraes dan Callum Wilson ketika skuadnya mendahului Man United 3-0.
Baca Juga:
- Manchester United Dimalukan Newcastle Dengan Kekalahan 0-3
- Ten Hag Dedahkan Man United Tak Akan Bermain Seperti Ajax
- UCL 2023/24: Newcastle Tewaskan PSG 4-1
Biasanya pengurus lawan akan memasukkan pemain yang defensif ketika mendahului Man United di Old Trafford. Namun Eddie Howe ada cara tersendiri untuk mengendalikan situasi itu.
Alasan yang diberikan agak kontroversi. Ianya sebenarnya bukan atas sebab taktikal tetapi teknikal semata mata.
Kerana pengendali Newcastle itu berkata, Guimaraes dan Wilson dimasukkan untuk memberikan mereka minit permainan. Sambil menganggap ia sesi latihan untuk kedua dua pemain itu.
Eddie Howe menjelaskan dengan kemasukan Guimaraes dan Wilson: “Tujuan utama adalah untuk memberikan pemain minit permaina. Jadi mereka boleh gunakan ia sebagai sesi latihan mereka.”
🗣️ Eddie Howe asked why he had brought on two attacking substitutes, Bruno Guimarães and Callum Wilson, only four minutes after his team had gone 3-0 up against Manchester United:
“The intention was to give minutes to players, so they could use it as their training session.” pic.twitter.com/4AE5vTTX14
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 2, 2023
Manchester United kalah 0-3 untuk dua kali berturut turut di Old Trafford buat pertama kali sejak musim 1962/63.
Miguel Almiron, Lewis Hall dan juga Joe Willock berada dalam senarai penjaring. Sementara United terus tumpul di barisan serangan mereka walaupun beraksi lebih dominan.
Kekalahan itu menyaksikan United gagal mempertahankan piala yang mereka menangi musim lalu. Di mana mereka menewaskan Newcastle pada aksi final.
Selepas tamat perlawanan Erik Ten Hag mengakui bahawa Man United kini sedang dalam fasa yang sukar. Namun dia yakin bahawa dia masih orang yang tepat untuk membangkitkan Man United sekali lagi.
Legenda United, Gary Neville turut menggesa kelab agar terus meletakkan kepercayaan kepada Erik Ten Hag kerana dia adalah pengurus yang tepat untuk kelab itu.