Roberto Mancini mungkin pengurus yang paling rapat dengan Balotelli walaupun seringkali bergaduh. Tetapi hubungan mereka berdua kekal profesional dan akrab.
Balotelli sendiri menganggap Mancini sebagai jurulatih penting yang membantu menggilap bakatnya satu ketika dahulu.
Terbaru, Fabrizio Romano melaporkan bahawa bekas pengurus Manchester City itu menyenaraikan nama Balotelli dalam senarai untuk panggilan skuad kebangsaan.
Mancini mahu memberikan peluang kepada Balotelli untuk membuktikan semula kemampuannya bersama dengan skuad kebangsaan.
Ini bermakna Balotelli berpotensi untuk menyarung semula jersi Itali selepas 3 tahun tidak melakukannya.
Kali terakhir Balotelli mewakili Itali adalah pada September 2018 ketika seri 1-1 dengan Poland dalam Piala Bangsa Bangsa Eropah.
Gol terakhirnya untuk Itali adalah ketika aksi persahabatan menentang Arab Saudi pada Mei 2018.
Mancini bercadang untuk bergabung semula dengan Balotelli pada minggu antarabangsa yang akan datang.
Pemain tersebut kini beraksi untuk kelab Turki iaitu Adana Demirspor. Balotelli beraksi cemerlang buat masa ini di liga tersebut. Dia sudah menjaringkan 7 gol dan 2 assist dalam 18 penampilannya musim ini.
Balotelli akhirnya menemui semula sentuhannya selepas gagal menunjukkan prestasi terbaiknya di Brescia dan Monza.
Prestasi cemerlang Balotelli turut menarik perhatian Newcastle. Namun kelabnya, Adana Demirspor tidak bercadang melepaskan pemain itu kecuali Balotelli dan Newcastle mengaktifkan klausa pelepasan.
🚨 Newcastle are considering signing Adana Demirspor and Italy forward Mario Balotelli according to the Turkish club's president Murat Sancak.
(Source: Inside Futbol) pic.twitter.com/PGjp0oyglC
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 19, 2022
Newcastle masih memburu penyerang baharu walaupun sudah mendapatkan Chris Wood.