Al Ahli kini dalam proses melengkapkan perpindahan Allan Saint Maximin dari Newcastle yang dilaporkan dalam proses akhir.
Baca Juga:
- Al Ahli Selesaikan Perpindahan Riyadh Mahrez, Seterusnya Allan Saint-Maximin
- Newcastle Mahu Jual Allan Saint Maximin Untuk Membeli Harvey Barnes
- Selepas Beli Newcastle United, PIF Kini Miliki Empat Kelab Di Arab Saudi
Dan ianya telah membuatkan beberapa kelab menyuarakan kritikan mereka ke atas penjualan bintang Perancis itu ke Arab Saudi.
Al Ahli sebelum ini sudah menandatangani Edouard Mendy, Roberto Firmino dan juga Riyad Mahrez.
Kini kelab itu benar benar mahu membentuk pasukan luar biasa dengan pembelian pemain dari EPL.
Newcastle menyenaraikan Allan Saint Maximin sebagai untuk dijual.
Kelab itu mahu mengimbangi akaun kelab mereka terutama sekali selepas membeli Harvey Barnes dari Leicester.
Al Ahli dilaporkan sedia membayar £30 juta untuk mendapatkan Saint Maximin.
Dan berita ini kurang menyenangkan kelab EPL yang lain. Mereka menuduh ada perkara yang tak kena dalam rundingan ini.
Mereka mengesyaki PIF menggunakan kelab Arab untuk mengaburi mata EPL agar mereka terlepas daripada kesalahan FFP.
Ianya dianggap satu skandal terancang untuk membolehkan Newcastle mengurangkan beban pada akaun kelab mereka untuk mendapatkan pemain baharu.
Kelab kelab ini dijangka akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat ini.
🚨 A number of clubs will voice concern to PL on proposed Saint-Maximim move to Al Ahli. They say Newcastle using PIF duel ownership to inflate fee & help FFP + want PL to explain ‘market value’ process. #NUFC very comfortable with valuation @TheAthleticFC https://t.co/hB1WNCg8To
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 22, 2023
Sebelum ini tuduhan yang sama dibuat ke atas Chelsea.
Newcastle merupakan kelab yang dimiliki PIF dari Arab Saudi. Dan kelab itu aktif berbelanja pada jendela perpindahan kali ini.
Namun Newcastle sebelum ini menyatakan bahawa mereka merupakan kelab yang berbelanja mendapatkan pemain pada harga tawaran lebih rendah daripada tanda harga sepatutnya.
Misalnya mereka mendapatkan Sandro Tonali dengan harga sekitar £60 juta sahaja.