Impian dua pemain muda, Sa’id Yousef Odeh dan Muath Alzaanin untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Palestin dalam sukan bola sepak tidak menjadi kenyataan apabila mereka terbunuh dalam satu serangan dengan tentera Israel.

Sa’id yang berusia 16 tahun dari kelab juara liga, Balata FC ditembak mati oleh tentera Israel pada minggu lepas manakala Muath dari utara Gaza, terbunuh dalam serangan drone ketika bersama rakannya semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Sa’id ditembak menggunakan peluru hidup oleh tentera Israel dekat Odla berhampiran Nablus.

Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan sudah menguruskan mayat remaja terbabit, selain memaklumkan seorang lagi remaja parah dan kini menerima rawatan di hospital selepas terkena tembakan.

Kematian Sa’id merupakan kehilangan besar bagi bola sepak Palestin kerana beliau merupakan seorang pemain muda yang sangat berbakat dan membantu pasukannya memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat akar umbi.

Tiga tahun dahulu, Sa’id dipilih antara 8 pemain dari Palestin menyertai Akademi Bola Sepak Pele Palestin-Jerman. Beliau juga telah mewakili negaranya dalam 3 pertandingan antarabangsa di Turki dan Jordan.

Malah, Sa’id juga dipilih menyertai skuad elit untuk mewakili Palestin dalam Akademi Utama di Jerman dan beliau berpotensi menjadi bintang muda terbaik di Asia di masa depan.

Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan kerana Israel telah memusnahkan masa depan semua pemain muda ini gara-gara kerana konflik di antara dua negara itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

UAE Umum 35 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat, Omar Abdulrahman Tiada Dalam Senarai

RASMI: AFC Sahkan DPR Korea Menarik Diri, ‘Menyusahkan’ Pasukan Lain Harungi Pusingan Kelayakan

Thailand Mungkin Kehilangan Khidmat Chanathip Hadapi Baki Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022