Sebagai tanda Solidariti, Malaysia sedia membantu skuad bola sepak Palestin untuk menjadi tuan rumah bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November depan.
Baca Juga:
- TERKINI: Palestine Tarik Diri Dari Sertai Pestabola Merdeka 2023
- Tak Takut Hukuman UEFA, Green Brigade Terbuka Buat Solidariti Bebaskan Palestin
- Bekas Penjaga Gol Israel Kecam Karim Benzema Kerana Sokong Palestine
Palestin terpaksa mencari venue lain disebabkan oleh konflik peperangan yang melanda negara mereka sehingga mengancam keselamatan pemain dan pegawai.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini menolak permintaan Palestin untuk bermain perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Australia di Algeria atas sebab negara itu berada di lokasi benua yang berbeza.
Malah, badan induk bola sepak Asia itu juga tidak dapat memastikan kemudahan yang terdapat di Algeria dan kesejahteraan para pemain.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli tampil mengumumkan pihaknya menawarkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur untuk menjadi gelanggang pasukan Palestin.
“Kami telah menghubungi pihak Kedutaan Palestin pada petang tadi.
“Kami telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk perlawanan membabitkan Palestin menentang Australia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bulan depan,” tulis Adam.
We have been in touch with the Palestinian Embassy this evening and made our offer to host the match between Palestine and Australia in Kuala Lumpur Stadium, Bandar Tun Razak next month. https://t.co/z0K5YyaKFO
— Adam Adli (@AdamAdli) October 19, 2023
Persekutuan Bolasepak Palestin (PFA) perlu memberikan keputusan rasmi mengenai lokasi perlawanan berkecuali di Asia sebelum 25 Oktober ini.
Palestin juga terpaksa menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023 kerana lapangan terbang mereka ditutup sekaligus menghalang ketibaan pasukan itu di Malaysia.
Selain Australia, Palestin diundi bersama Lebanon dan Bangladesh dalam Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia 2026. Sebelum ini, Malaysia pernah menjadi tuan rumah untuk pasukan Syria dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018.