Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal dipinjamkan ke kelab lain di Eropah pada jendela perpindahan kedua Januari ini jika mendapat persetujuan daripada semua pihak.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Terus Kutip Minit Permainan Bersama KV Kortrijk
- Luqman Hakim Jaringkan Gol Untuk Skuad B-21 Tahun KV Kortrijk
- Luqman Hakim Terus Cemerlang Bersama KV Kortrijk, Jaringkan Satu Gol Dan Sumbang Satu “Assist”
Menurut kenyataan Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk (KVK), Amin Fuad dalam Arena Metro, dua kelab dari eropah telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain yang berusia 20 tahun itu.
Difahamkan Luqman dijangka dipinjamkan selama semusim dan ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan demi meningkatkan prestasinya.
“Perbincangan dah memasuki 60 peratus dan jika semua pihak bersetuju dia akan dipinjamkan.
“KVK amat berpuas hati dengan peningkatan di tunjukkan Luqman bersama skuad B-21, di mana dia kini dianggap tonggak utama serta beberapa kali berjaya tersenarai dalam skuad senior KVK.
“Disebabkan prestasi yang baik itu terutama dengan B-21, terdapat dua kelab di Eropah ketika ini yang mahukan khidmat Luqman untuk bermain dalam skuad utama kelab terbabit.
“Saya tak boleh dedahkan nama kelab itu lagi kerana perbincangan masih berlangsung, dan InsyaAllah jika semua berjalan lancar dia akan ke sana. Luqman juga bersedia dan mahu mengorak langkah,” katanya kepada Arena Metro.
Utk mklm, ada percubaan untuk pemain negara Luqman Hakim dipinjamkan ke kelab lain tp tidak dpt mencapai kata persetujuan atas sebab2 tertentu. Buat masa ini beliau akn terus bersama KVK & akn cuba lagi di transfer window akn dtg. Ke mana destinasi Luqie – Jepun, Perancis, Norway
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) August 31, 2022
Beberapa hari lepas, Luqman mengutip minit permainan bersama skuad senior KV Kortrijk dimana beliau diturunkan dalam perlawanan Piala Belgium menentang OH Leuven.
Setelah mendahului 3-0, pengurus KV Kortrijk, Bernd Storck memasukkan Luqman Hakim pada minit ke-89 bagi menggantikan Faïz Selemani di bahagian serangan.
Sebelum ini, graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu tampil buat kali pertama bersama skuad senior musim ini pada perlawanan menentang KVC Westerlo pada Oktober lalu.
Berselang dua tahun selepas beliau membuat penampilan sulung pada 24 Oktober 2020 ketika bertemu Anderlecht, Luqman dibawa masuk oleh pengendali pasukan ketika itu, Adnan Custovic pada minit ke-88 bagi menggantikan Felipe Nicolás Avenatti. Perlawanan di laman sendiri itu bagaimanapun menyaksikan KV Kortrijk tewas dengan keputusan 0-2.
Meskipun hanya mempunyai minit bermain yang minimum bersama skuad senior, namun Luqman sering terlibat bersama skuad B-21 tahun dimana beliau sudah beberapa kali diturunkan dalam kesebelasan utama.