Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengingatkan kepada anak buahnya agar tidak mengulangi kesilapan sama seperti yang dilakukan ketika skuad bimbingannya tewas kepada Terengganu FC tempoh hari.
Perlawanan ke-17 buat skuad Tok Gajah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu menyaksikan tuan rumah berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 hasil jaringan David Da Silva dan Muhammad Faisal Abdul Halim.
Kekalahan dialami itu juga menyebabkan kedudukan Sri Pahang masih belum selamat selepas mengumpul 17 mata, hanya berkelebihan empat mata di hadapan Perak yang berada di zon penyingkiran [tempat ke-11].
Jelasnya, Kuala Lumpur yang dilihat lebih konsisten berbanding Sri Pahang pastinya tidak akan membiarkan mereka tersungkur di Stadium Darul Makmur dan mengharapkan kembalinya pemain seperti Manuel Hidalgo dan Abubakar Yakubu dalam kesebelasan utama dapat memberikan sesuatu.
“Masa lawan dengan Terengganu hari itu, saya pun pelik kenapa pemain-pemain saya tidak beraksi sepertimana yang kita harapkan, tidak macam selalu.”
“Harapnya menentang Kuala Lumpur esok akan ada perubahan yang lebih positif dan kemasukan semula Hidalgo, Abubakar Yakubu dalam skuad utama dapat memantapkan lagi pasukan.”
“Cuma saya sentiasa ingatkan pemain bahawa sekarang kita tidak boleh lagi selesa sebab hanya beza beberapa mata sahaja dengan pasukan di zon penyingkiran.”
“Jadi harapnya kita mampu memang sebab lawan esok juga makin lama makin garang dan lebih konsisten kalau nak dibandingkan dengan Sri Pahang sekarang”, tambah Dollah Salleh lagi.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Romel Morales Berusaha Keras Beri Impak Positif Di Posisi Baharu