Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi telah memetik nama bekas pengurus yang dipecat Chelsea beberapa minggu lalu Graham Potter selepas menewaskan The Blues.

Baca Juga:

Graham Potter merupakan pengurus yang ditandatangani Chelsea daripada Brighton. Namun jodohnya dengan kelab London itu tak lama. Tak sampai separuh musim secara terkumpul.

Graham Potter telah dipecat selepas prestasi tidak memuaskan hati.

Dalam aksi antara Chelsea dan Brighton, The Blues menelan satu lagi kekalahan di gelanggang sendiri.

Chelsea didominasi oleh Brighton sepanjang perlawanan dan memaksa Kepa Arrizabalaga bekerja keras untuk memastikan pasukannya tidak bolos lebih banyak.

Chelsea seolah olah memberikan harapan baharu kepada peminat mereka pada era Lampard sebagai interim, dengan gol awal oleh pemain tengah Conor Gallagher pada minit ke-13.

Namun pelawat bangkit dengan 2 gol pada separuh masa kedua selepas melakukan serangan bertali arus.

2 gol Brighton adalah menerusi Danny Welbeck, dan Julio Enciso.

Ianya kemenangan pertama Brighton dalam 122 tahun menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Pengurus Brighton, De Zerbi sangat bangga dengan pasukannya namun pada masa yang sama berterima kasih kepada Graham Potter yang menurutnya telah membentuk pasukan kuat untuk dia menanam idea permaiannya.

“Saya harus berterima kasih kepada Graham Potter kerana saya telah menemui pasukan yang hebat dan kuat.”

“Dan sekarang ini, saya sedang cuba menyuntik idea saya.”

Kekalahan di tangan Brighton berlaku selepas 2 kekalahan lalu di tangan Wolves dan Real Madrid. Menjadikan ini kekalahan ini adalah yang ketiga berturut turut.

Chelsea sudah tidak menang dalam 7 perlawanan berturut turut. Dan Chelsea masih berada di luar 10 teratas dan berpeluang terlepas ke semua pertandingan Eropah musim hadapan.

Penyokong Chelsea di dalam stadium turut mempersoalkan Todd Boehly di atas apa yang pemilik itu telah lakukan pada kelab itu. Terutama sekali tindakannya memecat Thomas Tuchel.

Todd Boehly pada ketika itu menyatakan Tuchel dipecat kerana dia tak sesuai dan tak cukup bagus untuk memacu projek baharu kelab itu di bawah pemilikan mereka.