Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi merupakan salah seorang pengurus yang sedang meningkat naik dan kini dikaitkan dengan Real Madrid.
Baca Juga:
- Perez Persoal Keputusan Ancelotti Terus Gunakan Duo Kuda Tua
- Pemain Real Madrid Ditahan, Rakam Dan Sebarkan Video Seks Kanak Kanak
- Man United Sedia Bantu Real Madrid Selesaikan Krisis Penyerang Dengan Menawarkan Martial
De Zerbi telah membuktikan bahawa dia pengurus yang berkualiti terutama sekali dalam corak taktikalnya. Menjadikan Brighton pasukan yang digeruni, serta membangunkan pemain pemain muda mereka.
Musim lalu dia membantu Segulls menamatkan liga di kedudukan enam teratas bagi memastikan kelab itu bermain di pentas eropah buat pertama kali dalam sejarah.
Brighton turut mara ke separuh akhir Piala FA pada musim lalu. De Zerbi mencatatkan ratio kemenangan sekitar 51% bersama dengan kelab yang dianggap kerdil itu.
Musim lalu, Pep Guardiola memuji De Zerbi sebagai pengurus yang mengagumkan dan mengiktiraf Brighton sebagai pasukan ‘pressing’ terbaik di Eropah.
Selain Real Madrid, Napoli juga antara kelab yang menginginkan khidmat pengurus tersebut. Namun pastinya Real Madrid ada kelebihan jika mereka bersaing dengan Napoli untuk mendapat De Zerbi.
Tetapi, Real Madrid sedar bahawa semakin banyak kelab besar yang memantau perkembangan De Zerbi. Dan mereka perlu membuat keputusan yang pro aktif dalam perkar aini.
Laporan dari Sepanyol menyebut, De Zerbi bukanlah satu satunya calon menggantikan Ancelotti. Nama lain adalah Xabi Alonso yang dianggap pilihan utama pada masa ini.
Buat masa ini, Alonso berjaya membuktikan kualitinya di Bundesliga. Dia juga merupakan legenda Real Madrid.
Real Madrid menjangkakan Ancelotti akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini dan menyertai pasukan kebangsaan Brazil. Raul Gonzales juga dipertimbangkan sebagai calon pengurus. Di mana legenda mereka itu sedang menguruskan pasukan pembangunan Real Madrid.
Laporan dari UK menyebut bahawa, Brighton sangat tenang dengan minat daripada Real Madrid ini. Selain itu, Brighton sudah memasukkan klausa pelepasan £15 juta pada kontrak pengurus itu.