Berikut penyebaran wabak Coronavirus (Covid-19) yang semakin tidak terkawal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah mengambil keputusan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuatkuasa Isnin ini (16 Mac 2020).
Saingan Liga Malaysia musim 2020 berkuatkuasa setelah tarikh 16 Mac ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang bakal diberitahu oleh badan induk bola sepak negara itu.
TERKINI: Presiden FAM & MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengumumkan bahawa perlawanan Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia & MPFL 2020 pada Jumaat, Sabtu & Ahad ini akan berlangsung TANPA penonton.#FAM #HarimauMalaya
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 13, 2020
Pada masa yang sama, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan saingan liga-liga negeri dan juga liga sosial agar dihentikan buat sementara waktu bagi memastikan ramai pihak tidak dijangkiti oleh virus terbabit.
“Saya juga ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada persatuan bola negeri yang menjalankan liga-liga negeri dan juga pengendali liga sosial supaya mematuhi arahan ini dengan menangguhkan sebarang aktiviti luar kerana wabak ini cepat menular.
“Marilah kita semua berdoa agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani segera dan kita akan dapat meneruskan semula saingan bola sepak di negara kita ini dan juga aksi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa seperti biasa,” katanya.
Covid-19 setakat ini telah menyebabkan beberapa negara khususnya negara Asia menangguhkan seketika saingan liga domestik.
Bahkan, beberapa pemain dan pengurus di liga utama Eropah telahpun dijangkiti dan hanya menunggu masa untuk ditangguhkan.
Baca artikel lain mengenai penundaan saingan Liga Malaysia musim ini di sini:
RASMI: Perlawanan Minggu Ini Tanpa Penonton, Mulai 16 Mac 2020 Semua Perlawanan Ditangguhkan
Perlawanan PJ City Menentang Terengganu FC Ditangguhkan Kerana Tiada Stadium