Pengendali Newcastle Jets, Craig Deans mengakui kecewa dengan prestasi pasukannya selepas mereka tewas 1-4 kepada Adelaide United dalam saingan A-League petang semalam.

Newcastle bolos 4 gol pada separuh masa pertama dan kemudian mula merapatkan jurang pada minit ke 69 menerusi jaringan Apostolos Stamatelopoulos. Malah, pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi juga sempat beraksi selama 45 minit dan hampir menjaringkan gol pertamanya.

Dalam satu kenyataan di sidang media selepas perlawanan, Craig Deans mengakui kemasukan Liridon mengubah rentak permainan pasukannya dan beliau berharap dapat memberikan lebih banyak minit permainan kepada pemain kelahiran Kosovo itu.

159209679_5775846879095800_8825819384010075935_o
FOTO: Newcastle Jets

“Mewakili pemain, saya ingin minta maaf  diatas persembahan buruk ketika separuh masa pertama. Kami tidak bersedia melakukan kerja keras pada babak pertama, kami juga tidak bersedia melakukan kerja kotor dalam cuaca seperti itu.

“Liri (Liridon) tidak banyak bermain bola sepak dalam tempoh 12 bulan terakhir, jadi dia sedang berusaha untuk meningkatkan prestasinya dan kami akan pastikan beliau cukup cergas.

“Kami boleh membincangkan tentang  taktik dan macam-macam hal, tetapi hakikatnya adalah kami tidak bersedia melakukan apa yang harus kami lakukan untuk memenangi perlawanan dan kami melepaskannya dalam tempoh 40 minit pertama dan ia sudah terlambat,” katanya.

Selepas 13 perlawanan diharungi, Newcastle Jets kini berada di kedudukan kedua tercorot dengan 11 mata dan mereka akan menentang Perth Glory pada hari sabtu depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi melalui pautan dibawah.  

Penyokong Newcastle Jets Mahu Liridon Krasniqi Diberi Banyak Minit Permainan

Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021

Liridon Krasniqi Jalani Sesi Latihan Berkumpulan