Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mula menyertai sesi latihan secara berkumpulan bersama rakan sepasukan beliau di Newcastle Jets.
Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad di laman media sosial Twitter dimana perkembangan ini dilihat sebagai satu perkara yang positif bagi Liridon setelah menjalani sesi latihan secara individu sebelum ini.
Liridon Krasniqi is seen training with Newcastle Jets teammates. Previously he was seen doing only individual training since arriving in Australia. pic.twitter.com/EjRFxDyIfY
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) March 10, 2021
Sejak tiba di Australia, Liridon perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Australia untuk membendung penularan COVID-19.
Setelah menamatkan tempoh kuarantin, pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kemudiannya diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Newcastle Jets bersama seorang lagi pemain pinjaman, Syahrian Abimanyu.
Liridon diarahkan untuk menjalani latihan secara individu terlebih dahulu bagi mendapatkan semula tahap kecergasan setelah dua minggu dikuarantin.
Setelah menyertai rakan sepasukan yang lain dalam sesi latihan, kini sasaran seterusnya bagi Liridon ialah membuat penampilan pertama bersama Jets dalam perlawanan A-League.
Newcastle Jets kini berada di tangga ke-11, mengutip 11 mata dan dibezakan empat mata dengan pasukan di tangga tercorot iaitu Melbourne Victory.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi di sini:
Liridon Krasniqi Tidak Sabar Untuk Sertai Sesi Latihan Newcastle Jets
RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets