Selepas hampir 6 bulan saingan Liga Malaysia direhatkan kerana penularan wabak pandemik COVID-19, perlawanan kelima CIMB Liga Super akhirnya kembali bersambung semalam.
Antara perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan ialah Pahang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur. JDT berjaya mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super dengan 13 mata apabila menewaskan tuan rumah, 3-2.
Berlangsung dalam suasana sepi tanpa kehadiran penonton, JDT terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 5 melalui sepakan percuma yang cantik daripada Leandro Velazquez.
5' | GOL VELAZQUEZ!@OfficialJohor kini mendahului @officialpahang menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez. #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/rDehBAGkIi
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 28, 2020
Pahang cuba bangkit namun mereka tampak kehilangan rentak kerana sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif ditambah pula dengan ketiadaan beberapa tonggak utama.
10 minit kemudian, JDT terus menambah derita pahang melalui pemain muda, Ramadhan Saifullah yang bijak memperdayakan bentang pertahanan selepas menerima hantaran ‘killer’ daripada Afiq Fazail.
Kemudian, giliran Gonzalo Cabrera pula menambah gol melalui sepakan penalti pada minit ke 35 menjadikan kedudukan semasa berubah kepada 3-0.
15' | GOL RAMADHAN!@OfficialJohor menggandakan kelebihan menerusi jaringan Ramadhan Saifullah.@officialpahang 0-2 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/PymUWhcwJM
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 28, 2020
Keputusan tersebut juga tidak melemahkan semangat pemain Pahang untuk terus mencari jaringan penyamaan.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Faisal Halim berjaya memanfaatkan kesilapan ‘budak sekolah’ oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias yang gagal mengawal bola dengan baik.
40' | GOL FAISAL HALIM!@officialpahang 1-3 @OfficialJohor
#CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/Pjk4eDduP4— MFL LIVE (@MFL_Live) August 28, 2020
Sebelum tamat separuh masa pertama, Herold Goulon juga sempat menambah gol kedua Pahang melalui tandukan sekaligus memberi tekanan kepada barisan pemain JDT.
Memasuki separuh masa kedua, Pahang gagal menambah satu lagi gol untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata kerana ketumpulan penyudah dan kedudukan 3-2 kekal sehingga pengadil tiup wisel tamat perlawanan.
45' | GOL GOULON!
Herold Goulon menjaring gol kedua buat pasukan @officialpahang @officialpahang 2-3 @OfficialJohor
#CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/zuioRU4f0L— MFL LIVE (@MFL_Live) August 28, 2020
Keputusan itu juga menyaksikan JDT kini semakin hampir bergelar juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dan bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League pada tahun 2021.
Baca artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Kerteh FC Jana Hampir RM55,000 Hasil Jualan 1,078 Helai Jersi Pasukan Dalam Tempoh 7 Bulan Sahaja