Kelab Kerteh FC melalui laman sosial rasmi mereka semalam telah berkongsi hasil jualan jersi pasukan mereka mulai dari bulan Januari sehingga Julai 2020.
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 1,078 helai jersi keluaran Elklasiko telah berjaya terjual dengan harga RM50 sehelai bagi jersi biasa dan RM60 sehelai bagi jersi edisi terhad.
Kepada semua peminat kami.
T E R I M A K A S I H ! 🙏🏻
Diatas sokongan anda.
Sebanyak 1078 helai jersi telah terjual sejak Jan 2020.Kami sangat terharu dengan sokongan yang sangat luar biasa dari anda semua. pic.twitter.com/DxZ0OAX1KC
— Kerteh FC (@KertehFC) August 28, 2020
Jersi edisi #STAYATHOME ini dilengkapi dengan nombor siri dibawah sebelah kiri jersi mengikut susunan nombor tempahan penyokong, “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN” berserta tarikh PKP 18.3.2020 – 9.6.2020 turut diletakkan didada. Ianya bagi mengingati sejarah pertama kali negara kita melaksanakan perintah ini.
Manakala No. 20 dibelakang jersi menandakan tahun 2020 wabak Covid 19 menyerang negara kita.
Hasil dari jualan jersi ini telah membolehkan Kerteh FC menjana RM54,900 hanya dari jualan jersi sahaja tanpa mengambil kira beberapa lagi hasil jualan produk lain dibawah jenama kelab itu.
Jelas, ini menunjukkan bahawa dengan mempunyai struktur dan orang yang betul mampu memikul satu tanggungjawab untuk sesebuah pasukan menjalankan perniagaan yang memberikan pulangan lumayan kepada kelab itu sendiri.
Apa yang pasti, akan ada lagi beberapa kejutan yang akan ditampilkan oleh Kerteh FC berdasarkan apa yang telah mereka susun dan rancang tidak lama lagi. Tahniah!
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian