Kelab amatur dari Terengganu mengumumkan mereka melantik khidmat bekas Pengurus Sukan Antarabangsa kelab La Liga, RCD Espanyol iaitu Oscar Riera sebagai Penasihat Teknikal kelab yang baharu.
Perkara ini diumumkan oleh Kerteh sendiri menerusi satu post di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam dan ia nyata mendapat sambutan hangat dari ramai pihak.
Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh, Syed Khairi Amier berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan individu yang mempunyai pengalaman luas seperti Oscar.
“Untuk bekerjasama dengan individu yg berpengalaman luas di Eropah semestinya kami perlu memberikan beliau keyakinan tentang projek-projek jangkamasa panjang yang kami ada.
“Kertas kerja, pelan pembangunan 10 tahun kelab yang telah dirangka dan dilaksanakan, pelan pembangunan akar umbi, pemain muda/belia dan pasukan utama serta aspek pemasaran/komersil yang telah dan akan dilaksanakan. Kami turut mempersembahankan improvisasi dan pencapaian setiap milestone yang telah ditetapkan.
“Komunikasi dan hubungan ini telah berjalan hampir setahun yang lepas dan kami gembira Oscar dapat melihat dan menghargai visi Kerteh FC.
“Beliau pastinya telah menilai sebelum membuat keputusan dan ianya berdasarkan input-input dan telah melihat kerja keras kami sebelum ini. Ianya bukan mudah, namun dengan keikhlasan melaksanakan tanggungjawab warga kerja Kerteh FC telah berjaya menyakinkan beliau,” kata Syed Khairi Amier.
Sebelum ini, Kerteh menuai pujian ramai apabila berkongsi status kewangan pasukan, satu perkara yang amat jarang dilakukan oleh pasukan yang bersaing di Liga Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
B.Satianathan Tidak Mahu Pihak Luar Ganggu Tugas Tan Cheng Hoe
KAFA Mula Buka Tabung Derma Dari Penyokong, Tagih Sumbangan Untuk Bayar Tuntutan Cassio de Jesus
Kelab Ternama Thai League Mahu Dapatkan Khidmat Diogo Luis Santo