Pasukan Melaka United semalam secara rasmi telah melancarkan logo baru pasukan itu untuk merancakkan lagi persedian bagi pertukaran status ke kelab bola sepak (FC) dan penswastaan pasukan musim depan.

Menurut laporan oleh BERNAMA, Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata, pelancaran logo baharu itu diharap akan terus menyuntik kemegahan dan kejayaan kepada kelab itu, serta bola sepak Melaka pada masa akan datang.

Sulaiman yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) berkata, ini merupakan tahun terakhir pasukan Melaka United diuruskan oleh pihak MUSA, sebelum diswastakan sebagai sebuah kelab bola sepak.

“Kini selepas 96 tahun, sudah tiba masanya untuk Melaka United bergerak sendiri, menerusi penswastaan kelab sebagai syarat wajib bagi menyertai Liga Malaysia bermula musim 2021, dan bakal dijenamakan sebagai Kelab Bola Sepak Melaka United atau Melaka United Football Club.

“Namun, MUSA akan kekal sebagai badan pentadbir bola sepak negeri dan dengan penswastaan ini, saya berharap Melaka United akan mencapai lebih banyak kejayaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam MUSA dan Pelancaran Logo Kelab Bola Sepak Melaka United di sini, malam ini.

Logo Melaka United baharu itu menampilkan rekaan bulat yang mengekalkan identiti pokok Melaka, dan gabungan ciri-ciri logo bola sepak Melaka dari dahulu hingga kini, yang penuh dengan keunikan sejarahnya.

Ikon manusia pada pokok itu melambangkan rakyat Melaka yang bersatu padu dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sukan negeri ini, dengan warna-warna hijau dan putih dikekalkan sebagai warna rasmi Melaka United.

Logo itu direka oleh penyokong Melaka United Mohd Asri Ab Aziz, berasal dari Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah yang terpilih daripada hampir 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United, yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lepas.

Rekaan Mirip Logo Syarikat Bare Blends Dari Australia.

Namun begitu, ramai yang sudah berjaya mengesan bahawa logo baru pasukan Melaka United itu kelihatan 90% sama dengan logo sebuah syarikat Bare Blends dari Australia!

Apa yang berubah adalah 6 keping daun dari logo asal telah digantikan dengan bulatan dan 2 keping daun lagi telah dipadamkan. Sila rujuk featured image diatas untuk melihat dengan lebih jelas.

bareblends1

Berdasarkan maklumat yang kami terima, logo pokok tersebut adalah logo terkini syarikat Bare Blends gunakan sejak Januari 2015 apabila mereka melakukan logo redesign pada ketika itu.

Sebelum itu, logo Bare Blends adalah seperti dalam gambar dibawah.

17861552_1465938673479317_3792863969964153772_n
Logo terkini Bare Blends di Australia.
10633455_789797627760095_4814396945960233675_o
Logo lama syarikat Bare Blends, sebelum ditukar pada awal Januari 2015.

Dari pemerhatian diruangkan komen laman sosial Facebook Melaka United, segelintir penyokong sudah ada yang mula sedar mengenai perkara ini, namun ramai juga yang memuji rekaan logo terbaru ini yang kelihatan moden dan segar.

komen

Malah ada juga komen yang logo itu seperti logo kelab Celtic FC dari Scotland!

Apa pun kisah mengenai logo ini, kami mengharapkan Melaka United FC akan dapat memberikan cabaran terbaik dan terus kekal sebagai sebuah kelab bola sepak profesional di Malaysia.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Wanita Ini Pertahankan Hujah ‘EPL Bermula Pada 2016’ Dengan Penuh Keyakinan Jadi Perhatian Netizen

Kisah Anak Malaysia Pikat Jurulatih England U15, Kecewa Gagal Terima Sokongan Untuk Kekal Sebagai Pemain Akademi QPR

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola

Sumber