Berdasarkan senarai pemain yang berdaftar dengan MFL untuk saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 ini seramai 328 orang pemain disahkan berada dalam 12 pasukan yang bertanding dalam liga tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Mengikut data yang diperolehi, secara keseluruhannya purata umur pemain yang berdaftar dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia adalah 26.96 tahun.

Dari semua 12 pasukan yang bertanding, pasukan Melaka mempunyai purata unur paling tinggi dengan angka 28.2 tahun, dan untuk musim ini pasukan Melaka telah mendaftarkan seramai 29 orang pemain termasuk 5 pemain berusia 23 tahun dan kebawah.

89969865_2743602532534471_4562259659339071488_o

Melihat kepada senarai pemain yang didaftarkan oleh pasukan Melaka, Razman Roslan adalah pemain paling tua dalam skuad itu diikuti oleh penjaga gol Noazlan Razali yang berusia 35 tahun. Manakala pemain paing muda dalam skuad ini adalah Hazim Abu Zaid yang berusia 19 tahun.

Selain itu, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan ini juga memiliki 5 orang pemain berusia 23 tahun dan kebawah dan komposisi ini adalah sekitar 17.24% dari pool pemain mereka musim 2020.

5 orang pemain tersebut adalah;

  1. Ramel Morales
  2. Faizal Talib
  3.  Amirul Hamer
  4. Shyamierul Razmee Jasmi
  5. Hazim Abu Zaid

Untuk komposisi pemain yang berusia 30 tahun dan keatas (T30) pula pasukan Melaka telah mendaftarkan seramai 12 orang pemain dimana telah membentuk 41.38% komposisi skuad Melaka musim ini.

Berdasarkan data-data ini boleh disimpulkan bahawa Melaka adalah pasukan paling tua dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

Buriram United Sanggup Bayar RM1.2 Juta Bawa Penjaga Gol U23 Vietnam, Miliki Ketinggian 1.86 Meter

TERKINI: 51 Pemain Piala Belia Dan Piala Presiden Kelantan Buat Laporan Kepada PFAM, Habuk Pun Tak Ada Tahun 2020