Berita duka dari Turki, Christian Atsu dilaporkan meninggal dunia selepas tersepit dalam runtuhan, berikutan gempa bumi yang dahsyat melanda Turki dan Syria.
Terdapat laporan yang bercanggah sebelum ini dari Turki apabila menyatakan bahawa Atsu sudah dikeluarkan daripada runtuhan.
Beberapa hari kemudian ejennya mengesahkan bahawa pemain itu masih belum ditemui.
Bekas pemain Chelsea dan Newcastle yang berusia 31 tahun itu disahkan hilang sejak 6 Februari lalu selepas bangunan tempat tinggalnya di Hatay roboh kerana gempa bumi.
Atsu sehari sebelum itu menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya, Hatayspor, yang kini menjadi kenangan buat penyokong dan rakan sepasukannya.
Ejennya, mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa pemain itu sebenarnya masih hilang. Berbanding laporan kurang tepat menyatakan Atsu sudah dikeluarkan.
Christian Atsu has been found dead under the rubble of the building where he lived following the Turkey earthquake, his agent has confirmed. pic.twitter.com/vMuF8kes5I
— B/R Football (@brfootball) February 18, 2023
Hari ini, ejen Atsu, Murat Uzunmehmet berkata: “Jasad Atsu ditemui dalam keadaan sudah tak bernyawa. Barangan peribadinya yang lain masih lagi dalam proses dikeluarkan. Telefonnya sudah ditemui.”
Atsu sepatutnya terbang ke Selatan Turki beberapa jam sebelum gempa bumi. Ini selepas kelab memberikan kelepasan khas kepada para pemain.
Ketika rakan rakannya yang lain bercuti di tempat lain, Atsu membuat keputusan untuk mengubah perancangannya dengan memilih untuk terus kekal di kelab itu.
🇹🇷Hatayspor Admin Fatih Ilek 🗣to Radyospor
"🇬ðŸ‡Atsu didn't play against Gaziantep FK, but scored a last-minute goal in the Kasımpasa match.
Actually,he was going abroad to visit his family. But when he played well and scored, he cancelled his ticket".
Tears in my eyes 😢😢 pic.twitter.com/2rLaYdCAjK
— George Addo Jnr (@addojunr) February 18, 2023
Hatayspor dalam kenyataannya berkata: “Kami tak akan melupakan kamu Atsu. Selamat sejahtera buat kamu, seorang insan yang mulia. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan kami.”
Newcastle turut memberikan penghormatan buat Atsu yang meninggal dunia. Mereka memberikan penghormatan menerusi laman rasmi mereka dengan berkata: “Pemain berbakat dan insan istimewa. Atsu akan selamanya diingati oleh pemain pemain kami, staf dan penyokong kelab ini.”
Atsu bermain 65 kali untuk negaranya Ghana. Membantu Ghana mara ke final Piala Afrika 2015, namun tewas di tangan Ivory Coast menerusi penentuan penalti.
Di peringkat kelab, Atsu menyertai Chelsea dari Porto pada 2013. Dan pergi secara pinjaman ke beberapa kelab ternasuk Vitesse dan Bournemouth.
We are deeply saddened by the news Christian Atsu lost his life in the devastation of the earthquakes that have hit Turkey and Syria.
Â
Our thoughts and condolences are with Christian's family and friends and everyone affected by this tragic event. pic.twitter.com/GLqXdd80Xl— Premier League (@premierleague) February 18, 2023
Chelsea turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan saudara Christian Atsu dan kepada semua yang terkesan kerana tragedi gempa bumi.
Gempa bumi di Turki dan Syria setakat ini dilaporkan telah mengorbankan kira kira 45,000 nyawa. Jutaan keluarga hilang tempat tinggal.