Sebelum Heung-min Son dan Young-gwon Kim menjaringkan 2 gol dalam masa kecederaan separuh masa kedua, Cho Hyun-woo kebal mempertahankan gawang Korea Selatan dari pelbagai ancamanan Jerman.
Digelar sebagai ‘Dae-Hair’ bermaksud David De Gea untuk Daegu FC, pemain berusia 26 tahun ini yang beraksi untuk kelab tersebut telah mencuri perhatian media dengan aksi tangkas menyelamatkan percubaan ketika perlawnan pembukaan bertemu Sweden tempoh hari.
Namun, disebalik aksi tangkas beliau itu, Cho Hyun-woo sebenarnya baru mempunyai 8 penampilan bersama skuad kebangsaan Korea Selatan tanpa kelihatan gugup.
Penjaga Gol Terbaik K.League 1 & K.League 2 Dalam 3 Musim Berturut-turut
Cho Hyun-woo adalah antara penjaga gol paling berbakat dalam K-League. Keupayaan beliau untuk melakukan refleks pantas, ‘agility’, dan menyelamatkan pintu gol telah membolehkan beliau dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik K-League 2 untuk tahun 2015 dan 2016 dan K-League bagi 2017.
Recent #Korea National Team🇰🇷 call up Cho Hyunwoo is your 2017 #KLeague Golden Glove Award winner for the first time. @Matt_Binns details why the @daegufc2002 keeper took home the award over some worthy competition. https://t.co/H6PjLc2MGS pic.twitter.com/qIZxkoRQrX
— K League United (@KLeagueUnited) December 1, 2017
Bekas jurulatih Korea Selatan Uli Stielike telah memanggil Cho untuk menyertai skuad Taeguk Warrior dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia ketika bertemu Laos dan Myanmar pada 2015.
Tetapi penampilan antarabangsa pertama Cho Hyun-woo hanya hadir ketika perlawanan persahabatan antabangsa Korea Selatan bertemu Honduras bulan lepas.
Mengetepikan Kim Seung-gyu Sebagai Penjaga Gol Utama
Prestasi cemerlang beliau dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa telah membuka mata ketua jurulatih Korea Selatan dan selepas itu terus menyenaraikan Cho Hyun-woo sebagai penjaga gol dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia bertemu Sweden.
Ini adalah penampilan pertamanyadi pentas Piala Dunia, dan berjaya mengetepikan Kim Seung-gyu, yang diramal oleh peminat Korea Selatan sebagai penjaga gol utama mereka.
Baru-baru ini Cho Hyun-woo juga telah menyatakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris, telah menarik beberapa buah kelab dari K-League dan juga J-League sebelum musim 2018 bermula. Namun beliau membuat keputusan untuk terus bersama Daegu FC sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia.
Walaupun kedudukan Daegu FC kini di tangga tercorot K-League Classic 2018, nama Cho Hyun-woo akan terus di ingat oleh ramai peminat bola sepak dunia terutama penyokong pasukan Jerman yang telah menyaksikan bagaimana aksi seorang penjaga gol yang melakukan debut di Piala Dunia menghantar mereka pulang.