Kisah pengambilalihan Newcastle United terus berlanjutan dan masih belum dimeterai, walaupun terdapat rasa optimis di kalangan peminat dan wartawan.
Namun buat masa ini, semua masih tak jelas akan hasil dan perkembangan sebenar.
Calon pemilik baharu yakin bahawa kesepakatan akan selesai dalam masa terdekat. Keyakinan itu disuarakan beberapa bulan lalu.
Dalam wawancara eksklusif dengan wartawan BBC Dan Roan, Ketua Eksekutif Liga Perdana Richard Masters telah mengulas mengenai kemungkinan pengambilalihan Newcastle United.
Ditanya sama ada Liga Perdana Inggeris benar-benar mempersetujui tawaran pengambilalihan Arab Saudi yang sangat kontroversi ke atas Newcastle Utd? Ini selepas dilaporkan beberapa dokumen sudah dimeterai.
Calon pemilik baharu Newcastle – konsorsium Amanda Staveley – yang terdiri daripada syarikatnya PCP Capital Partners (10 peratus), jutawan Reuben (10 peratus) dan 80 peratus pegangan majoriti Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) – adalah hanya menunggu pengesahan rasmi dari Liga Perdana.
Walaupun dakwaan bahawa ujian itu telah selesai, namun nampaknya itu tidak berlaku.
Masters bercakap secara terbuka buat pertama kalinya tentang perkara itu.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai kemungkinan pengambilalihan Saudi dan apakah Liga Perdana dapat menyetujui perjanjian ketika ada pertanyaan mengenai hak asasi manusia dan isu cetak rompak, Masters berkata:
“Saya tidak dapat memberikan apa-apa komen mengenainya. Ini adalah proses yang sangat rumit dan saya tidak dapat mengatakan apa-apa untuk menjejaskan proses itu. ”
Beliau menambah lagi: “Ujian oleh pemilik dan pengarah kami adalah seperti biasa, ianya dapat dilihat semua orang yang berkaitan.”
Can the Premier League really approve Saudi Arabia’s hugely controversial takeover bid for Newcastle Utd given the questions that surround the deal?
Here’s Premier League chief Richard Masters giving little away when I asked him about it #NUFC pic.twitter.com/WRDSvcEqbI— Dan Roan (@danroan) May 23, 2020
“Kami akan membincangkan ini secara sulit apabila kami menerima tentang perkara ini.”
Masters membayangkan bahawa Liga Perdana Inggeris mungkin tidak pernah menghadapi tawaran pengambilalihan yang serumit ini, dan komennya menggambarkan bahawa perkembangan perkara ini kali ini agak sensitif.
Terdapat banyak protes dan bantahan dari pelbagai pihak termasuk dari beberapa anggota Parlimen di Britain.
Premier League masih belum memberikan tarikh akhir untuk menetapkan tentang kesepakatan itu.
Baca juga perkembangan bola sepak yang lain