Presiden Ahli Jawatankuasa Olimpik, Thomas Bach pada hari rabu lalu menyatakan Sukan Olimpik Tokyo kemungkinan akan dibatalkan jika tidak dapat dilangsungkan pada tahun 2021 susulan penularan wabak pandemik COVID-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada minggu lepas, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat untuk belajar hidup dengannya.
Ia sekaligus membayangkan acara bola sepak yang sering menjadi tumpuan utama dalam Sukan Olimpik bakal dibatalkan berikutan kekurangan sukarelawan untuk bertugas.
“Anda tidak boleh selamanya mengambil 3000 atau 5000 orang untuk berada dalam jawatankuasa penganjuran.
“Tak boleh tukar keseluruhan jadual sukan dari seluruh persatuan di dunia. Tak boleh juga membuatkan atlet merasa tidak yakin,” katanya dipetik dalam BBC News.
The International Olympic Committee President Thomas Bach says he understands why the rescheduled Tokyo 2020 games would have to be cancelled if it isn't held next year.
More: https://t.co/S9hyRIDmrT pic.twitter.com/rdudf7QyEc
— BBC Sport (@BBCSport) May 21, 2020
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada bulan Mac lalu mengumumkan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung di Tokyo pada bulan Julai ini telah ditunda ke tahun depan berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari.
Abe dan gabenor Tokyo, Yuriko Koike membuat keputusan tersebut setelah berbincang bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach melalui perbualan video.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, sukan Olimpik telah ditunda dan pernah dibatalkan ketika zaman peperangan pada tahun 1944. Keputusan akhir tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada badan eksekutif IOC.
Ketika ditanya sama ada Sukan Olimpik akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton, Bach tidak mahu perkara itu berlaku kerana semangat Olimpik bermaksud menyatupadukan semua orang di dunia.
“Ini bukan apa yang kita mahu. Sukan Olimpik ini berkenaan dengan penyatuan semua orang dan membuatkan sesuatu perlawanan itu unik. Semua penyokong dari seluruh dunia berkumpul bersama-sama.
“Tetapi keputusan perlu dibuat. Kami perlu berbincang dengan atlet, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan juga rakan Jepun,” jelasnya.
Lebih 50,000 orang maut di serata dunia sejak wabak COVID-19 bermula akhir Disember lalu.
Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak.
COVID-19: Tiada Lagi Budaya Cium Bola Dalam Bola Sepak Amerika Selatan