Federasi Bola Sepak Kemboja (FFC) akhirnya mengumumkan penangguhan saingan liga domestik di negara tersebut termasuk Metfone Cambodian League susulan penyebaran wabak COVID-19.
Sebelum ini saingan liga tersebut berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan yang dikenakan kepada penonton atau orang awam disana.
Namun, peningkatan kes COVID-19 menyaksikan FFC mengambil tindakan untuk menangguhkan sementara liga itu bagi melindungi tahap kesihatan pada pemain dan jurulatih.
“Untuk mencegah penyebaran virus corona, FFC telah memutuskan untuk menunda Piala Hun Sen ke-14, Metfone Cambodia League 2020, serta Kejuaraan Nasional U-16 dan U-18,” dipetik dari FOX Sport Asia.
“FFC akan memaklumkan lebih lanjut mengenai tarikh baharu kemudian,” tambahnya.
Keputusan tersebut turut menyaksikan Kemboja kini menyertai Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Brunei dalam senarai liga yang ditangguhkan di Asia Tenggara kerana wabak COVID-19.
Bagaimanapun, Liga Singapura dan Liga Myanmar masih berjalan seperti biasa secara tertutup tanpa kehadiran penonton.
Untuk Laos, Filipina, dan Timor Leste, ketiga negara itu belum memulakan saingan domestik pada musim 2020 setakat ini.
Berikut status liga negara-negara di Asia Tenggara:
Brunei (ditangguhkan)
Kamboja (ditangguhkan)
Indonesia (ditangguhkan)
Laos (belum bermula)
Malaysia (ditangguhkan)
Myanmar (jalan terus tanpa penonton)
Filipina (belum bermula)
Singapura (jalan terus tanpa penonton)
Timor Leste (belum bermula)
Thailand (ditangguhkan)
Vietnam (ditangguhkan)
Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak.
COVID-19: FFA Bakal Umumkan Penangguhan A-League Pada Hari Esok
Pemain Tengah Shandong Luneng, Marouane Fellaini Disahkan Positif COVID-19