Bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin serta diberikan rawatan perubatan di Hospital Jinan, China.
Beliau yang kini bermain untuk pasukan Shandong Luneng merupakan pemain kelab Liga Super China pertama dijangkiti wabak tersebut setakat ini.
According to the Chinese media, Marouane Fellaini Covid-2019 crown new virus result is https://t.co/CHULBsEod7 he is in the hospital of JiNan. pic.twitter.com/lsQoJpsCui
— 赶集的小王 (@hallo_Wang) March 22, 2020
Menurut sumber daripada akhbar China, Fellaini dijangkiti COVID-19 ketika melakukan ujian saringan dengan jabatan kesihatan tempatan selepas tiba dengan menaiki kereta api pada hari jumaat lepas.
Walaupun kes COVID-19 di negara tersebut mencatat penurunan yang mendadak, Liga Super China masih belum berlangsung sehingga kini selepas ditangguhkan pada bulan lepas.
Sepanjang bersama Shandong Luneng, Fellaini telah melakukan 30 penampilan dan menjaringkan 12 gol. Malah, beliau sempat diturunkan dalam perlawanan menentang wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League pada musim lepas.
Shandong Luneng confirm former @ManUtd star Marouane Fellaini tested positive for #COVID19 pic.twitter.com/HTL5oxsDzG
— AFC (@theafcdotcom) March 22, 2020
Selain Liga Super China, wabak COVID-19 turut menjejaskan perjalanan J-League, K-League, Thai League dan juga Liga Malaysia sendiri. Saingan kelayakan Piala Dunia 2022 turut menerima tempiasnya dan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak.
Liga Malaysia Mungkin Ditangguhkan Sehingga Bulan Jun Jika Kes COVID-19 Bertambah
Pemain Bola Sepak Vietnam Mula Salurkan Derma Untuk Membantu Memerangi Wabak COVID-19
JLeague Capai Persetujuan Semua Kelab Untuk Laksanakan Tiada ‘Relegation’ Saingan Liga Musim 2020