Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim kembali mendunia apabila jaringan yang dilakukan oleh salah seorang pemain bintan pasukan, Safawi Rasid ke gawang Shandong Luneng dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2019 telah disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik bagi anugerah AFC Champions League 2019 Best Goals.
Pencalonan gol Safawi ini disahkan sendiri oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu pengumuman di laman web serta laman media sosial rasmi badan itu hari ini. Safawi melakukan jaringan tersebut ketika JDT berkunjung ke Shandong pada perlawanan minggu ketiga peringkat kumpulan.
🔟 nominees. Only one winner.
Is this Safawi strike the best Goal of #ACL2019? ⚽️🔥
VOTE 👉 https://t.co/n32WmUi2k5
— #ACL (@TheAFCCL) November 29, 2019
AFC telah memilih 10 gol terbaik yang telah dijaringkan sepanjang saingan ACL musim ini setelah kelab dari Arab Saudi, Al Hilal dinobat sebagai juara setelah menewaskan kelab Jepun, Urawa Reds Diamond dengan keputusan 3-0 secara agregat.
Anda boleh mengundi jaringan Safawi bagi membolehkan beliau memenangi anugerah tersebut di sini.
Musim lalu, pemain Kitchee SC, Cheng Chin Lung memenangi anugerah jaringan terbaik ACL 2018 setelah mendapat undian sebanyak 1.3 juta.
Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:
Pengkritik Bola Sepak Negara Persoal Ketiadaan Safawi Rasid Dalam Skuad Sukan SEA 2019
Ketiadaan Safawi Rasid Buka Peluang Kepada Pemain Muda Yang Lain
Yeyen Tumena Sifatkan Safawi Rasid Pemain Yang Punyai Bakat Luar Biasa