Carlo Ancelotti sebelum ini menjadi nama yang dikaitkan dengan jawatan pengurus di Brazil. Ianya agak mengejutkan kerana secara tradisi, Brazil menggunakan jurulatih dari Brazil sendiri.
Baca Juga:
- Carlo Ancelotti: Kami Berhak Menang Perlawanan Ini
- Ancelotti Anggap Barcelona Menang Kerana Bantuan Pengadil
- Ancelotti: “Barcelona Tak Patut Menang Kerana Pakai Taktik Pelik”
Malah ada beberapa pihak juga mempersoalkan tindakan CBF itu. Namun pemain pemain Brazil menerima terbuka jika Ancelotti menjadi pengurus mereka.
Selepas rundingan berbulan bulan lamanya, Fabrizio Romano melaporkan bahawa Carlo Ancelotti memeterai perjanjian dengan Brazil.
Namun dia hanya akan memulakan tugasannya pada Jun 2024, terutama sekali untuk Copa America 2024.
Ancelotti menghormati kontraknya bersama dengan Real Madrid pada ketika ini.
BREAKING: Carlo Ancelotti will become new Brazilian national team head coach starting from June 2024. 🚨🟢🟡🇧🇷
CBF president Ednaldo just confirmed that Ancelotti will be new manager of Brazil “starting from Copa America 2024”.
Carlo will respect his contract at Real Madrid. pic.twitter.com/pu4AO9m5eZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 5, 2023
Ancelotti akan menjadi pengurus pasukan kebangsaan buat pertama kali bersama dengan Brazil.
Jawatan pengurus tetap untuk Brazil masih kosong sebaik sahaja Tite meletakkan jawatannya selepas kegagalan pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar yang lalu.
Ramon Menezes yang merupakan interim selepas perletakan jawatan Tite telah digantikan dengan interim yang baharu iaitu Diniz.
Ianya selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan dicatat oleh Brazil di bawah kendalian Menezes.
Diniz akan terus bertugas dengan Fluminese, dan hanya akan mengendalikan Brazil untuk tugasan minggu antarabangsa terutama sekali kelayakan Piala Dunia.
Kehadiran Carlo Ancelotti sebagai pengurus pasukan Brazil pastinya akan menjadi perhatian dunia. Dia memiliki rekod pengurusan luar biasa di peringkat kelab.
Dan kini cabaran baharu untuk Carlo Ancelotti adalah mengendalikan pasukan kebangsaan paling popular di dunia iaitu Selecao.
Sebelum ini Florentino Perez sudah membayangkan bahawa kelab itu tidak akan melanjutkan kontrak Carlo Ancelotti. Kerana dia mahukan pengurus yang lebih ofensif dalam pengurusan taktikal.