Marco Asensio mengamuk depan Ancelotti kerana bengang tidak dimasukkan ketika rakan rakannya sedang berpesta gol atas padang.
Baca juga artikel:
Analisis Taktikal Final Piala FA 2022: JDT Kalahkan Terengganu Dalam Banyak Aspek
Had Perbelanjaan Barcelona Naik Sebanyak €800 Juta Selepas Jual Aset, Tebas Nafi Pilih Kasih
Dzeko Enggan Lawan Rusia Tanda Solidariti Kepada Ukraine
Carlo Ancelotti memerikan komen beliau tentang sikap kecewa yang ditunjukkan oleh Marco Asensio ketika aksi menentang Mallorca.
Marco Asensio mengamuk depan Ancelotti, dia berang kerana dia tidak dimasukkan ketika Real Madrid menewaskan Mallorca 4-1 dalam perlawanan La Liga.
Asensio sangat berharap bahawa dia akan dimasukkan dalam perlawanan itu. Namun malangnya, dia hampa kerana dia diminta untuk duduk kembali ke bangku simpanan.
Ini apabila Ancelotti memutuskan untuk menggunakan pemain gantian lain iaitu Nacho, Luka Modric, Camavinga dan Dani Carvajal dari bangku simpanan dalam perlawanan ini.
Pemain berusia 26 tahun itu kemudian membaling bip dan menendang botol air tanda protes.
Pengurus legenda asal Itali itu memahami kemarahan pemainnya itu. Ancelotti berkata: “Saya bersetuju dengannya. Jadi saya akan ingat dalam kepala saya.”
LOOOOL Asensio got really mad at not being able to come on https://t.co/hZl3Cl18Qq
— WolfRMFC (@WolfRMFC) September 11, 2022
Asensio hanya bermain dua perlawanan dalam semua pertandingan musim ini. Dengan kedua duanya adalah sebagai pemain gantian.
Kekurangan minit perlawanan pasti akan menyukarkan peluangnya untuk ke Piala Dunia 2022 bersama Sepanyol, jika keadaan itu berterusan.
Dilaporkan bahawa Asensio berhasrat untuk meninggalkan Madrid apabila jendela perpindahan musim pana sebelum ini. Ini kerana dia sudah tidak sanggup terus memanaskan bangku simpanan di Bernabeu.
Ancelotti tidak menafikan laporan yang menyatakan bahawa Asensio mahu angkat kaki pada jendela perpindahan lalu.
Ancelotti berkata: “Marco sedang melihat kemungkinan untuk melihat sama ada dia boleh pergi. Jika dia tidak pergi, dia akan menjadi 100% pemain Madrid.”
Asensio kemudian gagal untuk mencari kelab baharu dan akhirnya kekal di Real Madrid.