Perkembangan terkini Barcelona nyata membuatkan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti terkejut apabila melihat kedudukan musuh tradisi mereka itu jauh ditinggalkan dalam kedudukan La Liga 2021/22.
Barcelona yang baharu sahaja melantik Xavi Hernandez sebagai pengganti kepada Ronald Koeman hanya mencatatkan empat kemenangan, lima keputusan seri dan tiga kekalahan.
Lebih perit untuk diperkatakan, salah satu kekalahan dialami The Blaugrana itu hadir pada pertemuan El Clasico yang menyaksikan Barcelona tunduk 1-2 di Nou Camp.
Ketika Real Madrid berada di tangga kedua dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan yang memiliki kelebihan satu perlawanan, Real Sociedad [28 mata], Barcelona pula sekadar menghuni tangga kesembilan dengan 17 mata.
“Ia amat sukar bagi saya untuk bercakap tentang Barcelona dan situasi yang mereka sedang hadapi pada ketika ini,” ujar Ancelotti menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi Real Madrid.
“Saya sangat menghormati kelab tersebut dan juga Xavi. Mereka mempunyai barisan pemain berkualiti untuk membolehkan mereka keluar daripada situasi sukar ini.”
“Ia suatu yang amat mengejutkan melihat Barcelona berada jauh di belakang, tetapi saya percaya mereka akan mampu untuk mengubahnya kerana ia merupakan satu liga yang cukup panjang dan liga ini sangat kompetitif.”
“Liga ini tidak boleh dimenangi dengan 100 mata, segalanya masih boleh berlaku,” tambah Carlo Ancelotti lagi.
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Jordi Alba:”Saya Sentiasa Sedia Bantu Kelab, Kamu Tanyalah Presiden Dia Buat Apa?”
Selepas Tundukkan Liverpool, Moyes Sasar West Ham Layak Ke UCL