Bintang Barcelona menafikan bahawa dia antara pemain yang menolak pengurangan gaji yang membawa kepada pemergian Lionel Messi.
Peminat peminat Barcelona menjadikan beberapa pemain sebagai sasaran termasuk Alba yang menurut mereka tidak mahu berkorban untuk Messi. Sedangkan Messi sendiri menerima pengurangan gaji 50%.
Semalam Joan Laporta mengumumkan bahawa Barcelona kini dalam kedudukan berhutang £1.1 billion. Membuatkan kelab terpaksa melupakan khidmat pemain terbaik sepanjang zaman mereka, Lionel Messi.
Alba kecewa kecaman ke atasnya tidak adil
Jordi Alba yang merasakan dirinya sebagai mangsa kecaman di media sosial telah tampil memberikan penjelasan.
“Selain daripada merupakan pemain terbaik sepanjang zaman, Leo merupakan orang yang sangat memahami siapa saya.”
“Jadi, kamu bayangkanlah sendiri usaha yang saya lakukan untuk cuba memastikan agar dia kekal.”
“Ianya tidak benar sama sekali, Messi pergi kerana dia tak mahu dipotong gaji. Kita harus mengasingkan isu ini antara kapten, kelab dan Messi.”
“Saya tak dapat mengawal segalanya. Tidak ada apa yang mengejutkan saya. 10 daripada 10 artikel tentang Jordi Alba adalah negatif, ianya normal untuk manusia berfikiran begitu.”
“Namun saya sudah tak tahan lagi menjadi orang yang disyaki.”
“Ketika kelab bercakap dengan saya, saya sanggup menerima pemotongan gaji. Saya berasal dari sini, meluangkan seluruh hidup saya di Barcelona. Apabila komitmen saya dipersoal, saya sangat terluka.”
Jordi Alba sindir Laporta
Seterusnya, Jordi Alba menyatakan bahawa presiden Barcelona, Joan Laporta, seharusnya melakukan lebih baik dalam perkara ini dan bertindak lebih cepat.
“Tak seorang pun dari kelab, memaklumkan kepada saya tentang pemotongan gaji sehinggalah tiga minggu lalu.”
“Saya sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu kelab ini, dan tidak ada sesiapa pun harus meragu saya. Lebih baik kamu tanya sendiri presiden.”
Jordi Alba: “Nobody in the club told me about a wage reduction until 3 weeks ago. My predisposition has always been to help the club, and nobody has to doubt me in this regard. It would be good if you asked the president." pic.twitter.com/8EAIZ4XIdK
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 15, 2021
“Dan presiden masih belum bercakap secara spesifik tentang perkara ini lagi, saya rasa dia harus sanggup untuk bercakap dan memberitahu kebenarannya.”
Joan Laporta ternyata tidak gembira dengan komen sindiri oleh Jordi Alba. Diario Sports menyatakan bahawa, Joan Laporta akan membincangkan tentang komen pemain itu dalam masa terdekat dengan lembaga pengarah kelab.
Sudah ada peminat mulai menentang Laporta
Ini kerana komen Alba itu boleh menjejaskan lagi imej Joan Laporta. Sebelum ini sudah ada segelintir penyokong melancarkan serangan ke atas Laporta menuduh dia penipu.
Mereka tidak berpuas hati kerana Laporta mungkir janji. Di mana dalam manifestonya ketika pemilihan presiden, dia menjadikan agenda mengekalkan Messi sebagai misi utamanya.
Inilah sebab utama kenapa ahli kelab yang terdiri daripada peminat Barca memilih Laporta berbanding calon lain. Beberapa calon sebelum ini tidak mahu menjanjikan Messi akan kekal dengan hutang sedia ada. Malah ada calon yang menyatakan memang mustahil Messi akan kekal.
Sekarang, peminat mulai tidak percayakan Laporta yang sebelum ini dianggap penyelamat kelab. Malah ada yang berkata di media sosial: “Kamu harus ingat dia adalah ahli politik, jangan percayakan apa dia katakan bulat bulat.”
Ramai peminat Barca mulai mengemukakan hujah bagaimana Laporta menunjukkan sisi ahli politiknya yang pandai menjadikan orang lain sebagai kambing hitam kepada kesilapan dan kegagalannya.
Dia juga menggunakan Messi sebagai kuda tunggangannya untuk mencapai cita cita politiknya dalam pengurusan Barcelona.
Di Nou Camp ada yang sudah menggantung banner dengan beberapa mesej keras ditujukan kepada Laporta termasuk menuduh Laporta sebagai kuda tunggangan Florentino Perez.
Ini merujuk kepada pendirian Laporta yang menyokong untuk menolak perjanjian dengan penaja CVC baru baru ini. Jika Barca menerima perjanjian itu, mereka berpeluang besar untuk mendaftarkan Messi yang sudah setuju menerima gaji kurang 50%,
🚨| Laporta was going to accept CVC's offer and renew Messi's contract, but Perez contacted the Barcelona CEO, Ferran Reverter and advised them both not to take this plan, after which Ferran convinced Laporta. @abc_es [🥈]
— Madrid Xtra (@MadridXtra) August 9, 2021
Laporta kemudian dikatakan terlalu lambat bertindak dalam kontrak Messi. Membuatkan pemain itu menjadi ejen bebas dan kemudian meninggalkan kelab.
Barcelona fans put up these banners on the outskirts of the Camp Nou criticizing Joan Laporta.
“Barcelona isn’t your business.”
“Laporta is Florentino’s lackey.”
“Laporta Judas, you deceived D10s.”
Another said “You in Ibiza and Messi in Paris.” pic.twitter.com/PyhgBZnDXV
— Zach Lowy (@ZachLowy) August 15, 2021
Joan Laporta sudah memberikan respon ringkas kepada komen Alba: “Kami sudah berbincang dengan ejen Alba pada Mei, dan menghantar surat rasmi pada Julai.”
Barcelona President And Management Unhappy With Jordi Alba https://t.co/NC660upC58 via @BeyondThePosts_
Another one to PSG? Lol!! #Barcelona #Messi #Apoz
— BeyondThePosts (Nitish) (@BeyondThePosts_) August 16, 2021
Sehari sebelum kemenangan kepada Real Sociedad, Gerard Pique mengesahkan bahawa beliau sanggup dipotong gaji untuk membolehkan Barcelona mendaftarkan Memphis Depay, Eric Garcia dan Rey Manaj.
Pique juga menjadi subjek kecaman peminat sebelum ini, dianggap mementingkan diri sendiri dan tidak mahu langsung berkorban untuk kelab dan Messi.
Kami semua sedia berkorban demi kelab
Dalam temu ramah selepas perlawanan, Pique menyatakan bahawa beliau menerima pemotongan gaji itu dan mengesahkan Sergio Busquets dan Jordi Alba akan turut mengikut jejak langkahnya.
Pique memberitahu bahawa beliau merupakan orang pertama yang sanggup dipotong gaji berdasarkan perundangan.
Alba turut menambah: “Peguam saya sudah bercakap dengan kelab. Pique dianggap yang pertama sanggup menerima pemotongan gaji kerana masa [pemotongan gaji Pique diproses dahulu], namun yang pasti kesemua kapten kelab sentiasa sedia dipotong gaji seperti yang sepatutnya.”
🗣️ "That my commitment is questioned hurts me a lot."https://t.co/UqX0dcec3n
— MARCA in English 🇺🇸 (@MARCAinENGLISH) August 16, 2021
“Penipuan [di media sosial] membuatkan saya rimas, mereka membuatkan saya letih. Saya boleh menerima perkara seperti ini walaupun sebanyak mana kecaman, namun saya menderita apabila keluarga saya pun turut menerima tempiasnya, mendengar perkara yang buruk.”
Baca juga artikel
Highlight EPL: Spurs Tewaskan Kesebelasan £550 Juta, Termahal Dalam Sejarah
Di Maria: ‘Ronaldo Pun Teringin Ke PSG, Namun Messi Adalah Pilihan Jauh Lebih Bagus’
Highlight EPL: Mohamed Salah Catat 1 Gol Dan 2 Assist Di Carrow Road