Liverpool berjaya memulakan kempen musim 2021/22 dengan kemenangan ke atas Norwich di Carrow Road.

Norwich City yang baru naik semula ke EPL gagal memberikan kejutan kepada skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Aksi permulaan, Norwich menguasai perlawanan dengan lebih dominan berbanding dengan Liverpool.

Namun The Reds di hadapan selepas Diogo Jota menyudahkan bola dari kaki Mohamed Salah. Kredit kepada Trent Alexander-Arnold yang berjaya melakukan hantaran tepat menemui Mo Salah.

Separuh masa pertama tidak ada tambahan jaringan dibuat.

Bersambung babak kedua, Liverpool menambah dua lagi gol. Roberto Firmino menjaringkan gol kedua Liverpool hanya selepas lima minit dibawa masuk.

Di mana Firmino menyudahkan peluang gol terhidang hasil umpanan Mohamed Salah.

Selepas mencipta 2 assist, akhirnya Mohamed Salah sendiri menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit k-73. Di mana Mo Salah menewaskan Krul dengan satu aksi penyudah berkelas dunia.

Mohamed Salah menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan EPL dalam lima musim berturut turut.

Beliau turut memahatkan namanya sebagai pakar aksi pembukaan dengan terlibat dalam 10 gol pada perlawanan pertama EPL dengan 7 gol dan 3 assist. Hanya Wayne Rooney lebih banyak daripadanya dengan 8 gol dan 5 assist.

mosalaj

Pada lewat perlawanan, Liverpool memiliki beberapa peluang keemasan lagi menerusi Mo Salah dan Sadio Mane, namun tidak berjaya disudahkan.

Tamat perlawanan , Norwich 0 Liverpool 3.

Norwich terus mencipta rekod buruk dalam EPL. Di mana 11 penampilan terakhir mereka dalam liga kelas atasan Inggeris itu berakhir kekalahan kesemuanya.

Saksikan rangkuman aksi di sini: