Juara bertahan Manchester City tewas dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di tangan Tottenham Hotspur.
Nuno Espirito menikmati debut yang indah bersama dengan Spurs di hadapan penyokong mereka sendiri.
Perlawanan ini menyaksikan Pep Guardiola menurunkan kesebelasan yang termahal dalam sejarah liga. Grealish sahaja sudah menelan belanja £100 juta.
Kesebelasan utama City bernilai £550 juta sementara barisan simpanan pula bernilai £346 juta.
Manchester City's starting XI today is the most expensive team in history.
£550m total: Ederson, Cancelo, Dias, Ake, Mendy, Fernandinho, Gundogan, Grealish, Mahrez, Torres, Sterling.
An average of £50m per player 🤯🤯🤯 pic.twitter.com/uftb9wCwxw
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 15, 2021
Perlawanan ini turut menjadi tumpuan kerana Man City terus dikaitkan dengan Harry Kane.
Kapten England itu tidak diturunkan, bahkan tiada dalam bangku simpanan.
Penyokong Manchester City yang bertandang ke Stadium Tottenham turut bersorak nama Harry Kane.
Jack Grealish sekali lagi menjadi perhatian. Beliau ternyata gagal untuk menjelmakan magis gol atau assistnya dalam perlawanan ini.
Grealish dan Sterling dikunci oleh Japhet Tanganga yang memainkan tugasannya dengan baik.
What a team performance💪🏾. Fans were amazing! We go again🙏🏾. pic.twitter.com/P7PmNYnf7e
— Japhet Tanganga (@JTanganga99) August 15, 2021
Bintang Korea Selatan, Son Heung Min menjadi wira pasukan tuan rumah menerusi gol pada minit ke-55.
Spurs ternyata masih cukup bahaya di serangan walaupun tanpa Harry Kane.
Walaupun City menguasai perlawanan namun dari segi ancaman, kedua dua pasukan boleh dianggap hampir seimbang.
Spurs melakukan 13 percubaan dan 3 percubaan tepaat. Manakala City melakukan 18 percubaan dengan 4 percubaan tepat.
Manchester City menelan satu lagi kekalahan, yang ketiga berturut turut selepas kalah dalam aksi final UCL, Perisai Komuniti dan sekarang aksi pembukaan EPL – kesemuanya tanpa gol.
Bukti jelas bahawa mereka perlukan penyerang sejati yang tajam di hadapan gol.
3 – Manchester City have lost three consecutive games in all competitions without scoring a single goal for the first time since March 2007 under Stuart Pearce. Alarming. pic.twitter.com/kWdvobiOEJ
— OptaJoe (@OptaJoe) August 15, 2021
Seterusnya, Pep Guardiola menelan lebih banyak kekalahan dalam kunjungannya ke Spurs berbanding pasukan lain dalam kariernya. Satu lagi rekod yang menarik adalah, hanya Manchester United (92/93, 95/96 dan 2012/13) pernah menang EPL selepas kalah aksi pembukaan.
5 – Pep Guardiola has now lost more away games against Spurs in all competitions than against any other opponent away from home (5). All five have come while in charge of Manchester City, with each of the last four coming at the Tottenham Hotspur Stadium. Recurring. https://t.co/dnufyfVi07
— OptaJoe (@OptaJoe) August 15, 2021
Saksikan rangkuman aksi kemenangan Spurs ke atas City di sini:
Baca juga artikel
Di Maria: ‘Ronaldo Pun Teringin Ke PSG, Namun Messi Adalah Pilihan Jauh Lebih Bagus’
Highlight EPL: Mohamed Salah Catat 1 Gol Dan 2 Assist Di Carrow Road
EPL: Sang Lebah Sengat Arsenal Pada Hari Pembukaan Dan Debut EPL Selepas 74 Tahun