Kelab Thailand, Buriram United setuju untuk meminjamkan salah seorang pemain mereka, Supachok Sarachat kepada kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo.
Perkara ini dikongsikan oleh Thai League Central dimana Buriram dan Hokkaido dilaporkan telah mencapai kesepakatan dan urusan mengenai Supachok dalam selesai sekurang-kurangnya pertengahan bulan ini.
🚨Supachok Sarachat to Consadole Sapporo. Thai football guru 'Bebangpakong' claims that Buriram United and Consadole Sapporo have agreed to a loan deal that will send Supachok to J. League. He goes on to say that the deal is set to be completed by the middle of this month. pic.twitter.com/WzIrT5mw1Z
— Thai League Central (@TL_Central) May 5, 2022
Sebelum ini, dikhabarkan mahu melepaskan Supachok dan adiknya, Suphanat Mueanta secara bersamaan dan Consadole dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk membawa masuk kedua-dua pemain.
Consadole sudah lama dikaitkan dengan Supachok dan Suphanat setelah mereka kehilangan pemain bintang pasukan, Chanathip Songkrasin yang berhijrah dengan menyertai juara Liga Jepun musim lalu iaitu Kawasaki Frontale.
Kawasaki Frontale membayar yuran perpindahan sebesar JPY500 juta atau RM18.17 juta bagi mendapatkan khidmat Chanathip sekaligus menjadi antara perpindahan termahal dalam saingan Liga Jepun.
Baru-baru ini, Supachok dan Suphanat membantu Buriram memenangi saingan Thai League 1 sekaligus merampas kejuaraan daripada BG Pathum United yang memenanginya musim lalu.
Chanathip menilai Supachok sudah bersedia untuk beraksi di luar negara sekaligus meningkatkat lagi kualiti permainan serta menimba pengalaman dengan beraksi di liga yang lebih baik.
“Ramai pemain Thailand sudah bersedia untuk meningkatkan tahap permainan dan semua bergantung kepada peluang yang diterima. Siapa yang patut beraksi di luar negara? Supachok Sarachat adalah pilihan saya. Saya rasa dia sudah bersedia,” kata Chanathip.
Sekiranya Supachok berhijrah ke saingan Liga Jepun, maka beliau akan meneruskan legasi yang telah dicipta oleh rakan sepasukan yang lain seperti Chanathip, Teerasil Dangda, Kawin Thamsatchanan dan Theerathon Bunmathan.
Setakat ini, pemain Asia Tenggara yang berjaya mencipta impak positif dalam saingan Liga Jepun hanya pemain Thailand sahaja manakala pemain dari negara lain seperti Vietnam, Malaysia dan Indonesia masih lagi gagal mencipta sebarang impak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Chanathip Songkrasin Alami Cedera Otot, Mungkin Terlepas Saingan Kelayakan Piala Asia 2023
Ronaldo Antara 20 Pemain Yang Dipilih Sertai Skuad Indonesia B-23 Di Sukan SEA