Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin mengalami kecederaan otot yang serius dan mungkin terlepas saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.
Perkara ini dikongsikan oleh J Football Now di laman media sosial Twitter dimana Chanathip mengalami kecederaan otot ketika beraksi bersama Kawasaki Frontale dalam saingan AFC Champions League (AFC) di Johor.
Kawasaki confirms that 🇹🇭Chanathip has suffered a soleus muscle injury in the match against 🇨🇳Guangzhou FC. He is expected to be out for 6-8 weeks adding to Kawasaki’s growing injury woes. pic.twitter.com/hygsJVa1Wu
— J. Football Now (@j_football_now) May 4, 2022
Kecederaan yang dialami Chanathip Songkrasin menyebabkan pemain itu terpaksa berehat selama 6 ke 8 minggu serta memerlukan proses pemulihan kecederaan yang lama bagi mengembalikan tahap kecergasan beliau.
Tempoh rehat yang lama selain proses untuk mendapatkan semula kecergasan menjadi halangan utama bagi Thailand untuk menggunakan khidmat pemain berusia 28 tahun ini dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 nanti.
Bekas pemain Muangthong United itu menjaringkan dua gol dalam saingan ACL musim ini namun gagal untuk membantu Kawasaki melepasi peringkat kumpulan I yang menyaksikan wakil tunggal Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai juara kumpulan.
Kawasaki Frontale bergantung pada slot tempat kedua terbaik dalam kumpulan selepas wakil negara, JDT mencipta sejarah muncul sebagai juara kumpulan I apabila mengejutkan Ulsan Hyundai 2-1.
JDT satu-satunya pasukan dari kumpulan ini yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16.
Lawan JDT di pusingan 16 bakal diketahui pada hari esok.#ACL2022 pic.twitter.com/dCJz3Dg5g4
— VOCKET FC (@vocketfc) April 30, 2022
Namun, hasrat mereka untuk mara ke pusingan kalah mati itu tidak kesampaoa apabila kedudukan terkini menyaksikan kelab itu gagal memintas Melbourne City dan Kitchee FC untuk merebut satu lagi slot terakhir tempat kedua terbaik.
Ia berpunca daripada kekalahan 2-3 mereka kepada Ulsan Hyundai walaupun mencatat kemenangan besar ke atas JDT dengan keputusan 5-0 beberapa hari lalu. Sebarang keputusan menentang pasukan tercorot, Guangzhou tidak dikira.
Ketiadaan kelab Liga Super China (CSL), Shanghai Port yang menarik diri daripada saingan ACL musim ini jelas memberi kesan dalam penentuan 16 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati.
Untuk menentukan tiga kelab terbaik di tempat kedua yang layak ke Pusingan 16, keputusan perlawanan membabitkan pasukan yang berada di kedudukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Ronaldo Antara 20 Pemain Yang Dipilih Sertai Skuad Indonesia B-23 Di Sukan SEA
Leandro Velazquez Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Perlawanan ACL Ke-6 Peringkat Kumpulan