Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi berkemungkinan besar tidak akan kekal beraksi bersama kelab Liga Super India, Odisha FC musim hadapan dan kembali ke pangkuan kelab asalnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara ini dikongsikan oleh seorang wartawan sukan di India iaitu Marcus Mergulhao dimana beliau menjawap persoalan mengenai masa depan Liridon bersama Odisha di laman media sosial Twitter.
According to Marcus Mergulhao, sports editor of Times of India, Liridon Krasniqi is unlikely to remain at Indian Super League club Odisha FC, where he is currently on loan from JDT. pic.twitter.com/T0Pdk05AZB
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) April 29, 2022
Sejak beraksi bersama Odisha, Liridon kembali dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dibawah kendalian Kim Pan-gon setelah kali terakhir menyarung jersi negara pada saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun tahun lalu.
Liridon beraksi ketika Malaysia menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura dengan menentang tuan rumah selain Filipina dan Albirex Niigata Singapore dimana beliau menjaringkan dua gol.
Bekas pemain Kedah Darul Aman itu pada mulanya dikritik kerana menampilkan prestasi hambar pada aksi menentang Filipina namun beliau berjaya memperbaiki prestasi pada perlawanan menentang Singapura dan Albirex Niigata yang mana pemain ini menjaringkan satu gol dalam masing-masing perlawanan.
Sekiranya tidak terus beraksi bersama Odisha, maka Liridon Krasniqi bakal kembali ke pangkuan JDT kerana beliau menyertai kelab India itu dengan status pemain pinjaman.
Akan tetapi, memandangkan barisan tengah JDT ketika ini menampilkan prestasi cemerlang khususnya dalam saingan AFC Champions League (ACL), besar kemungkinan pemain berusia 30 tahun itu akan terus dipinjamkan ke kelab luar negara.
Sebelum beraksi bersama Odisha, Liridon terlebih dahulu menyarung jersi kelab Liga Australia, Newcastle Jets juga secara pinjaman bersama seorang lagi pemain iaitu Syahrian Abimanyu.
Syahrian kini kembali ke saingan Liga 1 Indonesia dengan menyertai kelab ibu kota iaitu Persija Jakarta.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Leandro Velazquez Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Perlawanan ACL Ke-6 Peringkat Kumpulan
Penyokong Vietnam ‘Bermalam’ Di Depan Kaunter Buru Tiket Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA
Kawin Thamsatchanan Tersenarai Dalam Skuad Sukan SEA Thailand