Kelab Thai League 1, Buriram United meminjamkan salah seorang pemain pertahanan mereka, Sasalak Haiprakhon ke kelab K League 1, Jeonbuk Hyundai Motors.
Perkara ini diumumkan oleh Buriram di laman media sosial rasmi pasukan dimana Sasalak dipinjamkan ke Jeonbuk selama enam bulan sekaligus bakal beraksi sehingga penghujung musim 2021.
Sasalak Haiprakhon merupakan salah seorang pemain yang paling lama berkhidmat bersama Buriram dimana pemain berusia 25 tahun itu menyarung jersi The Castles sejak musim 2017 lalu.
Jeonbuk sudah lama memburu khidmat Sasalak dimana mereka cuba mendapatkan pemain itu pada Januari lalu. Namun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu enggan berhijrah kerana mahu membantu Buriram menamatkan saingan musim 2020/2021.
Akan tetapi, Jeonbuk tidak berputus asa dan terus meyakinkan Sasalak agar beraksi dengan mereka sekaligus mendapatkan khidmatnya bagi mengharungi baki saingan musim 2021.
Jeonbuk Hyundai ketika ini menduduki tangga ketiga dalam carta K League 1 dengan perolehan 29 mata, satu kata dibelakang pasukan tempat kedua iaitu Suwon Samsung Bluewings dan empat mata dibelakang pendahulu, Ulsan Hyundai.
Sebelum ini, Asia Tenggara pernah mempunyai wakil di saingan liga Korea apabila pemain tengah skuad kebangsaan Vietnam, Nguyễn Công Phượng pernah menyarung jersi Incheon United.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Ramalan Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya Menentang Bahrain
Chanathip Kembali Alami Kecederaan Lutut, Terpaksa Berehat Selama Dua Minggu