Setelah lebih setahun tidak beraksi di pentas antarabangsa disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, peminat bola sepak tempatan akhirnya berpeluang menonton perlawanan persahabatan diantara Bahrain menentang Malaysia pada pukul 12.30 tengah malam ini.

Ia adalah perlawanan kompetitif pertama skuad Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE yang bermula pada awal bulan Jun depan.

Perlawanan ini juga berstatus ‘Tier-1 International Match‘ dan mata ranking FIFA akan dikira seperti biasa mengikut parameter yang telah ditetapkan.

Justeru itu, Malaysia perlu memburu keputusan yang positif untuk meningkatkan semangat dan motivasi pemain sebelum bertemu UAE pada perlawanan pertama kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Bahrain:

MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

barisan kemungkinan-01

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe dijangka akan mengekalkan formasi yang sama digunakan ketika perlawanan awal Kelayakan Piala Dunia 2022 pada tahun 2019.

Cheng Hoe juga tidak mempunyai masa untuk melakukan ‘eksperimen’ dan mungkin akan menurunkan satu atau dua muka baharu bagi membentuk keserasian dengan pemain lama serta menyesuaikan diri dengan taktikal yang ditetapkan.

Memandangkan Brendan Gan digantung satu perlawanan menentang UAE, pemain naturalisasi ketiga negara, Liridon Krasniqi bakal menjadi pilihan untuk diuji berganding dengan Azam Azih dan Syamer Kutty Abba di bahagian tengah.

Selain itu, hasrat peminat untuk melihat penampilan pertama seorang lagi pemain naturalisasi, Guilherme De Paula pada perlawanan menentang Bahrain malam ini tidak menjadi kenyataan kerana tidak memenuhi peraturan naturalisasi yang ditetapkan oleh FIFA.

Ini kerana tempoh pemastautin pemain kelahiran Brazil itu di Malaysia menjadi genap lima tahun pada 31 Mei ini. Oleh sebab itu, beliau tiada masalah untuk beraksi pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 yang bermula pada 3 Jun 2021.

E2Fcg97VkAg9Q02
Guilherme De Paula jaringkan satu gol ketika perlawanan latihan menetang Kuwait. FOTO: FAM

Syafiq Ahmad yang menjaringkan 2 gol ketika menentang Indonesia dan UAE dijangka akan beraksi sebagai penyerang sambil dibantu oleh Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Di posisi pertahanan, pemain Chonburi FC, Junior Eldstal berpeluang berganding dengan Aidil Zafuan di bahagian tengah manakala Corbin Ong dan Matthew Davies beraksi di posisi bek kiri dan kanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

FC Midtjylland Sahkan Johan Dion Cools Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan

Samuel Somerville Tekad Mahu Dapatkan Tempat Dalam Kesebelasan Utama

Pemain Kebangsaan Terima Jam Tangan G-Shock Edisi Harimau Malaya