Penjaga gol kacukan negara, Samuel Somerville berazam untuk memberikan cabaran sengit kepada dua penjaga gol senior bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.
Samuel merupakan salah satu daripada tiga penjaga gol yang dipanggil selain Farizal Marlias dan Khairul Azhan bagi memperkuatkan pasukan negara bagi menghadapi baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung Jun ini.
Meskipun menjadi pemain debutant, namun penjaga gol Penang itu percaya dia mampu untuk memenuhi keperluan pengendali pasukan, Tan Cheng Hor agar diletakkan dalam kesebelasan utama.
“Saya perlu lekas belajar dengan taktikal yang diterapkan jurulatih. Saya perlu cuba memahaminya secepat yang mungkin dengan menterjemahkannya ketika sesi latihan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.
Somerville menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini dimana beliau mengumpul 3 cleansheets setakat ini sekaligus dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan.
Tidak mustahil penjaga gol berusia 26 tahun itu dipilih sebagai benteng akhir pasukan negara sekiranya menampilkan prestasi memberangsangkan dalam sesi latihan.
Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Kuwait pada 23 Mei dan Bahrain pada 28 Mei sebelum berdepan UAE (3 Jun 2021), Vietnam (11 Jun 2021) dan Thailand (15 Jun 2021).
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Menjalani Latihan Sepanjang PKP