Bayern Munich sekali lagi menjadi juara Jerman. Dan kali ini mereka merekodkan catatan 9 kejuaraan Bundesliga berturut turut selepas menang ke atas Mochengladbach, manakala pesaing mereka, RB Leipzig – yang diuruskan Nagelsmann (bakal pengurus Bayern musim hadapan) – tewas di tangan Borussia Dortmund.
Lebih menarik, pemenang Anugerah FIFA Best, Robert Lewandowski mencatatkan hatrik dalam hari yang menentukan kejuaraan Bayern.
Kejuaraan Bayern disahkan sejam lebih awal, sebelum sepak mula. Ini selepas Leipzig kalah 2-3 di tangan Borussia Dortmund
Separuh masa pertama sahaja Bayern sudah 4-0 di hadapan menerusi 2 gol Lewandowski, 1 gol Thomas Muller dan 1 gol Kingsley Coman.
Hatrik Lewandowski adalah daripada penalti separuh masa kedua. Menjadikan beliau kini hanya 1 gol di belakang Gerd Muller untuk rekod gol paling banyak dalam semusim di Bundesliga.
Most goals in a Bundesliga season:
4️⃣0️⃣ Gerd Müller
3️⃣9️⃣ Robert LewandowskiBayern Munich still have two games left 🤞 pic.twitter.com/BOqPBuh7FP
— GOAL (@goal) May 8, 2021
Dan Leroy Sane menambah satu lagi gol untuk Bayern memastikan kemenangan besar 6-0.
Bayern beraksi 10 pemain pada separuh masa kedua apabila pemain berusia 18 tahun Tanguy Nianzou dilayangkan straight red.
Mochengladbach terus melalui musim yang sukar. Mereka terus tersekat di kelompok pertengahan liga.
Dominasi Bayern di Bundesliga terus tidak mampu digugat. Kali terakhir pasukan lain memenangi Bundesliga adalah pada 2012 iaitu Borusia Dortmund yang juga juara 2011.
Can anyone stop Bayern Munich winning the Bundesliga next season? 🤔 pic.twitter.com/DydgGdAWYc
— GOAL (@goal) May 8, 2021
Baca juga artikel
EPL: Spurs Kalah Di Tangan Leeds, Gol Kane Dibatalkan Kerana Hujung ‘Boot’
TERKINI: Kecewa Tak Dapat Gaji, Pemain Perak Boikot Sesi Latihan