Dalam buku autobiografinya, Quiet Leadership: Winning Hearts, Minds and Matches, Ancelotti mendedahkan bagaimana Bale dan ejen pemain itu menikamnya dari belakang sehingga dia dipecat.
Bale meminta bermain posisi no.9 pada ketika itu. Namun Ancelotti sudah menetapkan Benzema sebagai penyerang utama mereka.
“Ketika saya masuk ke pejabat, dia memberitahu saya, Bale menghubunginya, tentang saya menukar dia pada 4 Januari berdepan Valencia. Ejen Bale merungut. Dan presiden memberitahu saya apa dia akan buat.”
“Sejak hari itu hubungan saya dengan presiden tidak seperti dulu lagi.”
Oleh itu, kepulangan semula Ancelotti ke Real Madrid menimbulkan persoalan, adakah Bale akan disisihkan sekali lagi di kem Madrid?
So if Ancelotti is appointed there is no place for Gareth Bale right ? đź‘€ pic.twitter.com/Wr7b1JCE1B
— 𝙎⚡️. (@MadridNations) June 1, 2021
Ancelotti sebaliknya menyatakan beliau sudah tak sabar untuk bekerjasama dengan Gareth Bale.
Bale buat masa ini masih fokus kepada Euro dan hanya akan bercakap soal masa depannya selepas kejohanan itu. Bale akan kembali ke Madrid selepas tempoh pinjamannya di Spurs tamat.
Ancelotti berkata: “Gareth tak bermain banyak perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris, namun dia berjaya mencetak beberapa gol.”
“Dia efektif dalam beberapa perlawanan terakhir musim lalu, ketika dia bermain secara konsisten.”
“Dia akan kembali, saya sangat kenal dengan dia. Dia seorang pemain sangat bermotivasi, dia bakal menikmati musim hebat, saya tiada keraguan tentangnya.”
“Saya masih lagi menyayangi pemain pemain saya dahulu seperti Gareth, Isco, Marcelo… mereka akan ada motivasi mahu menunjukkan kenapa mereka masih layak bermain untuk Real Madrid.”
Ancelotti juga mendedahkan dia kini sudah berbeza. Kerana banyak pengalaman dilaluinya dalam beberapa tahun selepas kariernya di Madrid telah mematangkan lagi dirinya.
Baca juga artikel
Perancis Menunjukkan ‘Fluid’ Mereka Dalam Formasi Berlian Dengan Kehadiran Benzema
Saka Bantu England Menang Ke Atas Austria, Trent Alami Kecederaan Hamstring