Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) memutuskan untuk menarik diri dari saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada 5 Disember ini ekoran kesukaran ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin Bin Pengiran Haji Matasan menegaskan selain faktor pandemik COVID-19, persediaan pasukan kebangsaan yang tidak berada dalam keadaan terbaik juga menjadi salah satu sebab mengapa mereka menarik diri.
#BREAKING | 🇧🇳BRUNEI WITHDRAWS FROM AFF SUZUKI CUP 2020
The Football Association of Brunei Darussalam (FABD) has announced that they will be withdrawing from the upcoming AFF Suzuki Cup 2020 Qualification Round match due to complications caused by the pandemic.#AFF #FABD pic.twitter.com/0EBHGmCkwa
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 8, 2021
“Kami kecewa kerana pasukan kebangsaan kami tidak dapat beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura pada Disember ini. Pandemik ini telah memberi kesan terhadap persiapan pasukan kami.
“Meskipun segala usaha telah dilakukan untuk menghadapi isu ini, namun kami berdepan kesukaran dan kami mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada AFF bagi kejohanan edisi kali ini dan kami juga terbuka untuk menyertai mana-mana kejohanan pada masa akan datang,” kata Pengiran Haji Matusin.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Major General Khiev Sameth menegaskan pihaknya merasa sedih dengan penarikan skuad kebangsaan Brunei namun memahami keputusan yang diambil oleh FABD.
“Kami faham rantau Asean menerima tamparan hebat ekoran pandemik ini dan semua pihak telah berusaha untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi. Sementara kami akan merindui kelibat Brunei dalam saingan edisi kali ini, namun kami pasti mereka akan bangkit dan menyertai kejohanan pada masa akan datang,” katanya.
Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal itu dijadualkan turun menentang Timor Leste dalam perlawanan play-off pada 1 Disember ini.
Setelah penarikan Brunei, Timor Leste secara automatik berada dalam kumpulan A bersama Thailand, Myanmar, Filipina dan Singapura.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Dahaga Dan Tekak Kering, Penyokong Bola Sepak Rayu MKN Benarkan Aktiviti Minum Air Dalam Stadium