Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dilaporkan meletakkan tanda harga sebanyak RM10 juta bagi mana-mana pihak yang ingin mengambil alih Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC).

Perkembangan terkini mengenai kelab yang berada dalam pergolakan itu disahkan oleh pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad menurut sumber laporan dikeluarkan Harian Metro.

Yadzan yang menyandang tugasan selepas mantan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan pada 21 Januari lalu menyifatkan nilai tersebut amat bersesuaian dengan beberapa aspek.

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa sudah terdapat perbincangan dengan kira-kira tiga individu atau syarikat yang berminat untuk memiliki Perak FC dan menambah segalanya berjalan dengan lancar.

“Jika minat mengambil alih Perak FC kalau boleh pihak berkenaan memiliki dana sekurang-kurangnya RM10 juta berdasarkan kepada nilai pasukan lain.”

“Kita boleh tengok berapa Norizam Tukiman (pemilik Kelantan FC) mengeluarkan dana untuk pasukan itu selain beberapa pasukan lain.”

“Saya rasa nilai berkenaan adalah berbaloi kerana kita juga memiliki barisan pemain berpengalaman dan hebat,” ujar Yadzan bercakap kepada wakil Harian Metro.

“Setakat ini, perbincangan bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki Perak FC adalah positif. Saya katakan sekarang ini proses perbincangan pemilikan dalam peringkat 50 peratus antara kedua-dua pihak,”

Sebagai perkongsian, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai ‘Zamsaham’ berjaya mendapatkan pegangan saham untuk menjadi pemilik Kelantan FC dengan nilai RM6.8 juta.

Sejak bermulanya proses pengasingan dan penswastaan pada penghujung musim lalu, Perak FC masih menjadi milik penuh PAFA.

Dengan nilai RM10 juta diletakkan oleh PAFA sebagai syarat bagi mendapatkan Perak FC, amat menarik untuk disaksikan adakah terdapat individu atau syarikat yang mampu untuk mengubah kelab tersebut menjadi lebih baik kerana pada ketika ini mereka kelihatan seperti tiada hala tuju.

Sama-sama kita nantikan!

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Kopa Arena Kongsi Status Terkini Proses Pembelian Saham Perak

Pengorbanan Jordan Mintah Berbaloi Bantu Terengganu Tundukkan Selangor

Piala Suzuki AFF 2020: Myanmar Uji Kekuatan Indonesia Di Turki

Sumber